Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan kekurangan permintaan terhadap unit tempatan itu ketika harga minyak mentah mengalami penyusutan, kata seorang peniaga.

Pada 9.10 pagi, ringgit diniagakan pada 4.1320/1350 berbanding dolar AS daripada 4.1290/1320, semalam.

Ketika ini, harga minyak mentah kini didagangkan pada harga AS$62.75 setong iaitu penurunan sebanyak 0.33 peratus.

Seorang peniaga berkata pengukuhan dolar AS itu dipengaruhi oleh tindakan Washington yang dilaporkan menimbang untuk menggugurkan beberapa cukai yang dikenakan ke atas barangan China dalam konsesi bagi mendapatkan persetujuan perdagangan fasa pertama dengan Beijing.

Presiden Donald Trump dijangka menandatangan perjanjian perdagangan interim itu pada bulan ini.

Sementara itu, ringgit mengukuh berbanding kelompok mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.7894/7929 daripada 3.7929/7960 sewaktu ditutup pada Selasa dan mengukuh sedikit berbanding dolar Singapura pada 3.0400/0434 daripada 3.0443/0476, sebelum ini.

Ringgit juga meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3220/3263 daripada 5.3248/3290 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.5741/5779 daripada 4.5952/5989, sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini