AS vs Wabak Virus: Siapa Yang Akan Menang? - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

AS vs Wabak Virus: Siapa Yang Akan Menang?


Virus korona membuatkan kita mempertanyakan tentang kekuatan kita. Sebagai contoh, adakah anda fikir ekonomi AS akan dapat bertahan melawan wabak yang melanda baru-baru ini? Donald Trump berpendapat virus tersebut belum mengancam Amerika lagi dan mungkin akan melemah bila cuaca lebih hangat.

Wabak-wabak sebelum ini seperti Ebola dan SARS telah memberi kita beberapa pengajaran. Pertama, kita perlu bersedia menghadapi apa jua ancaman dan mendengar nasihat pakar, bukan ahli politik. Kedua, ketelusan dan mesej-mesej yang yakin dan disampaikan secara langsung adalah perlu untuk meyakinkan rakyat dan mengawal panik atau khabar angin.

Ketiga, pihak berkuasa perlu melawan sumber virus. Semua negara harus bertindak secara bersepadu untuk memenangi perang melawan penyakit ini. Pentadbiran AS sudah pun menawarkan $100 juta untuk membantu WHO, China, dan negara-negara lain untuk melawan virus tersebut.

Akhir sekali, mari kita lihat pada ekonomi AS. Angka-angka terbaru agak baik, kadar pengangguran di tahap terendah, gaji sedang meningkat, dan bilangan pekerjaan semakin banyak. Pengerusi Fed, Jerome Powell, menyatakan keyakinan beliau tentang masa depan, namun beliau ada menyatakan beberapa kebimbangan dan mengatakan Fed akan memantau keadaan dengan rapi.

Oleh yang demikian, kita boleh unjurkan bahawa ekonomi AS mungkin akan menerima beberapa pukulan dari wabak virus korona tetapi ia juga takkan terjejas teruk atau mengalami kerosakan jangka panjang. Ini positif untuk USD.




Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini