CCI - Commodity Channel Index - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

CCI - Commodity Channel Index



Commodity Channel Index (CCI) ialah satu indikator teknikal yang dibangunkan oleh Donald Lambert pada tahun 1980. Ia menunjukkan sama ada pasaran sudah terlebih dibeli/jual dan membantu menduga arah dan kekuatan trend serta mengecam trend baru.

Cara-cara memasang di carta.

CCI sudah tersedia ada dalam kit indikator default MetaTrader, jadi anda tidak perlu memuat turunnya. Pergi ke “Insert”, cari “Indicators”, dan kemudian “Oscillators” – anda akan dapat melihat Commodity Channel Index. Indikator ini akan muncul di dalam tetingkap berasingan di bawah carta harga.


Dinamik indikator ini bergantung kepada bilangan tempoh yang digunakan untuk membentuknya. Lebih sedikit tempoh, indikator ini akan lebih meruwap dan ia akan menghabiskan lebih banyak masa di luar julat ±100. Secara default, MetaTrader mengesyorkan "14" tempoh sebagai bilangan tempoh CCI. Satu lagi tetapan yang popular adalah 20 tempoh.

Kaedah mentafsir.

CCI mengukur perbezaan antara harga semasa dan purata harga silam. Indikator ini berayun (oscillates) menyilangi satu garisan tengah. Bila ia di atas sifar, ini bermakna harga berada di atas purata harga silam. Sebaliknya, bila ia kurang dari sifar, harga berada di bawah purata harga silam.

Keadaan terlebih beli/jual. Seperti yang anda boleh lihat, aras-aras +100 dan -100 ditandakan di carta CCI. Jika indikator ini naik lebih tinggi dari +100, ini bererti pasangan ini sudah terlebih dibeli dan kemungkinan pembetulan ke bawah akan berlaku telah meningkat. Bila CCI menyongsang ke bawah dari positif atau berhampiran dengan bacaan sifar dan bergerak menuju ke -100, ia memberi petunjuk downtrend ke bawah mula terbentuk.

Penurunan melepasi -100 bermakna downtrend selama ini kuat dan pasaran sudah menjadi terlebih dijual. Bila CCI menuju ke atas dari bacaan negatif sekitar sifar dan mulai bergerak menuju +100 ia petanda uptrend mulai terbentuk.

Sila maklum bahawa indikator ini tidak mempunyai had atas dan bawah, namun ia sentiasa cenderung untuk kembali ke nilai median iaitu 0. Justeru, kita perlu melihat pada bacaan indikator ini pada masa yang lepas untuk mendapatkan gambaran di mana harga telah menyongsang. Keperluan untuk mentafsir hal-hal sebegini membuatkan indikator ini agak subjektif.


Divergence/Convergence (Percapahan/Pertumpuan). Divergence (percapahan) berlaku bila harga membentuk maksimum yang lebih tinggi, tetapi CCI membentuk maksimum yang lebih rendah. Ia boleh disahkan menerusi penembusan CCI di bawah sifar atau penembusah aras sokongan di carta harga. Sebaliknya, convergence (pertumpuan) terjadi bila harga membentuk rendah yang lebih rendah tetapi CCI membentuk aras terendah yang lebih tinggi. Ini dianggap sah bila CCI menembusi ke atas sifar atau harga menembusi garisan rintangan pada carta harga.

Kesimpulan 

Seperti indikator-indikator lain, CCI mempunyai kekurangannya. Selain dari kesubjektifannya yang telah kami sebutkan tadi, perlu dinyatakan bahawa indikator ini melambani harga (lagging behind the price). Kesannya, signal mungkin muncul di waktu yang sudah terlewat justeru menjadi signal yang palsu. Untuk menyelesaikan masalah ini, gunakan CCI bersama dengan analisis aksi harga, serta indikator-indikator teknikal lain yang akan mengesahkan atau membatalkan signalnya.




Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini