Ringgit dibuka rendah, RM4.36 sedolar - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka rendah, RM4.36 sedolar



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan sentimen terhadap unit tempatan terjejas oleh harga minyak dunia yang merosot.

Pada 9.20 pagi, ringgit berada pada 4.3600/3700 berbanding dolar AS daripada 4.3350/3400 semasa ditutup semalam.

Peniaga berkata, permintaan terhadap ringgit terjejas selepas harga minyak dunia (WTI) jatuh di bawah AS$20 setong berikutan bimbang mengenai permintaan yang mungkin merosot disebabkan pandemik COVID-19.

“Minyak mentah WTI diniagakan susut 1.59 peratus kepada AS$19.77 setong manakala minyak mentah Brent merosot 3.72 peratus kepada AS$28.60 setong,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0549/0632 daripada 3.0487/0529 dan susut berbanding yen kepada 4.0438/0542 daripada 4.0371/0425 semalam.

Unit tempatan rendah berbanding pound kepada 5.4430/4573 daripada 5.4270/4350 dan susut berbanding euro kepada 4.7441/7567 daripada 4.7390/7462. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini