Ringgit terus kukuh berbanding dolar - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit terus kukuh berbanding dolar



KUALA LUMPUR: Ringgit terus bertambah kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, selepas kerajaan memberi jaminan bahawa sektor ekonomi tertentu akan dibenarkan untuk beroperasi secara berperingkat-peringkat tetapi masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ketat, kata seorang peniaga.

Pada jam 6 petang, ringgit berada pada 4.3050/3150 berbanding dolar AS daripada 4.3320/3380 yang direkodkan semalam.

Pada 4 petang tadi, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan keputusan kerajaan untuk melanjutkan PKP sehingga 28 April.

Beliau menambah, sektor ekonomi tertentu akan dibenarkan untuk beroperasi secara berperingkat-peringkat serta sektor-sektor tersebut akan ditentukan oleh jawatankuasa kabinet khas yang dipengerusikan oleh menteri kanan yang bertanggungjawab dalam perdagangan dan industri antarabangsa.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang asing.

Mata wang tempatan itu susut berbanding dolar Singapura pada 3.0461/0553 daripada 3.0432/ 0841 dan naik berbanding yen kepada 3.9696/9799 daripada 3.9802/9868 semalam.

Ia juga menokok berbanding pound British kepada 5.3709/3851 daripada 5.3834/3926 sebelum ini dan bertambah baik berbanding euro kepada 4.7114/7236 daripada 4.7123/7202 yang direkodkan lebih awal.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini