Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini susulan kelemahan dolar serta kedudukan harga minyak yang stabil, kata penganalisis.

Sehingga 9 pagi, unit tempatan diniagakan pada 4.2540/2580 berbanding dolar AS daripada 4.2600/2650 semasa ditutup sebelum ini.

Ketua Strategi Pasaran Global AxiCorp Stephen Innes, bagaimanapun, mengingatkan bahawa pasaran lebih tidak menentu mengenai pemulihan pasaran minyak daripada pandangan mereka yang jelas mengenai dolar AS yang lemah.

"Bagaimanapun, dengan minyak dijangka diniagakan dalam pasaran jarak terhad sepanjang musim panas, akhirnya, ia mengenai dolar US, bukan harga minyak yang akan memacu ringgit," katanya dalam nota.

Menurut laporan, penganalisis Wall Street berkata dolar AS lemah disebabkan aset berisiko meraih momentum berikutan pemulihan COVID-19 yang mencatat kemajuan.

Mengenai pasaran harga minyak, minyak mentah Brent diniagakan stabil pada AS$44.01 setong, merosot 0.7 peratus.

Bagaimanapun, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0730/0775 daripada 3.0654/0697 pada Selasa dan merosot berbanding yen Jepun kepada 3.9817/9858 daripada 3.9717/9774 sebelum ini.

Mata wang tempatan rendah berbanding pound kepada 5.4153/4209 daripada 5.4047/4127 dan susut berbanding euro kepada 4.9053/9112 daripada 4.8743/8817 semalam.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini