Ringgit tidak berubah berbanding dolar AS, RM4.26 - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit tidak berubah berbanding dolar AS, RM4.26


KUALA LUMPUR: Dagangan ringgit tidak berubah berbanding dolar AS ketika dibuka pagi ini.

Pada pukul 9 pagi, unit tempatan itu kekal pada 4.2630/2680 berbanding dolar AS, paras yang sama ketika ditutup Jumaat lepas.

MIDF Research berkata, kelemahan dolar AS adalah ekoran berkurangnya permintaan untuk mata wang berkenaan yang disifatkan sebagai 'safe-haven' (satu pelaburan yang dijangkakan untuk kekal atau meningkat ketika berlaku pergolakan pasaran) berikutan terdapatnya perkhabaran positif mengenai perkembangan vaksin untuk COVID-19.

Sementara itu, seorang peniaga berkata meskipun harga minyak stabil, para pelabur masih bimbang dengan persengketaan yang kian memuncak antara Amerika Syarikat dan China terutamanya yang berkaitan dengan demokrasi dan hak-has asasi manusia.

Ketika berita ini ditulis, penanda aras minyak Brent diniagakan 0.58 peratus lebih rendah pada AS$42.89 setong.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama yang lain.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0645/0698 daripada 3.0658/0698 pada Jumaat dan mengukuh berbanding yen kepada 3.96899747 daripada 3.9774/9836.

Unit tempatan itu turut menokok berbanding pound Britain kepada 5.3432/3512 daripada 5.3467/3546 Jumaat lepas tetapi susut sedikit berbanding euro kepada 4.8658/8732 daripada 4.8649/8719.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini