Apakah Perbezaan Di Antara Pasaran Saham Dan Ekonomi AS? - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Apakah Perbezaan Di Antara Pasaran Saham Dan Ekonomi AS?


Orang ramai sering terkeliru dan menganggap pasaran saham sebagai indikator kesejahteraan ekonomi AS. Bagaimana pun, ada beberapa perbezaan utama di antara kedua-duanya.

1) Sesetengah indeks saham lebih memfokuskan kepada sektor pembuatan (sebagai contohnya S&P 500), manakala KDNK lebih didorong oleh perkhidmatan. Ekonomi perkhidmatan, tentu sekali, lebih teruk terjejas bila orang ramai dipaksa duduk di rumah sewaktu lockdown jadi kesan ke atas S&P lebih terkait dengan impak negatif ke atas keseluruhan ekonomi AS. Namun sebarang kesimpulan tentang hubungan langsung di antara kedua-duanya harus dibuat dengan berhati-hati.

2) S&P 500 lebih kuat didorong oleh faktor pelaburan dari kepenggunaan. Justeru, indeks berkenaan tidak menerima kesan seteruk yang dialami oleh ekonomi AS kerana ekonomi itu bergantung kepada perbelanjaan pengguna.

3) S&P 500 adalah indeks global, manakala KDNK adalah indikator domestik. Secara kasar, 40% daripada jualan syarikat-syarikat teknologi S&P datang dari pasaran antarabangsa. Pada masa ini, eksport hanya membentuk 13% dari KDNK AS. Secara asasnya, ekonomi AS adalah pengimport bersih, manakala S&P 500 adalah pengeksport bersih.

4) S&P 500 lebih senang hati melihat harga minyak yang lebih tinggi kerana ia terdiri dari syarikat-syarikat yang meraih keuntungan dari hal tersebut. Di satu sisi lain pula, KDNK AS lebih sukakan harga minyak yang lebih murah yang membantu perbelanjaan pengguna.

Justeru, biar pun ekonomi domestik AS memang ada hubung kaitnya dengan pasaran saham, dengan S&P secara khususnya, kedua-duanya harus dilihat secara berasingan kerana ia masing-masing mencerminkan entiti berasingan yang jelas berbeza.


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini