Harga Emas Jatuh Secara Mendadak!!! - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Harga Emas Jatuh Secara Mendadak!!!

Pada Selasa 11 Ogos 2020, harga Emas merosot secara mendadak sebanyak $116 dengan menembusi banyak sokongan sepanjang jalannya. Emas kini berada di bawah $1,900, tahap yang diperdagangkan 3 minggu yang lalu. Pagi ini di Asia, ia menurun sebanyak $22 (pada waktu karangan ini) dan kemungkinan akan menghadapi tekanan penurunan lagi. 

Pada carta jam, lihat sokongan pada $1,793 - $1,818, dan gabungan sebelumnya seperti yang ditunjukkan di bawah (lihat Graf 1). Kini, dengan pencapaian tahun ke tarikh sebanyak 24%, ia masih merupakan prestasi kedua terbaik dalam 10 tahun yang lalu untuk logam berharga. Oleh itu, ianya masih awal untuk menghentikan pasaran bul kerana keadaan masih menyokong pasaran belian.  

Walaupun Emas berfungsi sebagai peti selamat, namun ia terkenal untuk sifat spekulatif dan ketidakstabilannya juga. Pengintipan terhadap hasil sebenar atau indeks dolar berpendapat bahawa penurunan harga logam berharga semalam didorong oleh pengambilan keuntungan daripada logam berharga tersebut berbanding dorongan hasil atau kekuatan dolar AS. Walaupun kita dapat melihat keuntungan kecil pada dolar dan hasil semasa dalam sesi yang lepas, tetapi harga logam berharga tidak berkemungkinan akan menurun selagi hasil dan keuntungan terus meningkat. (Lihat Graf 2)

Perak berpotensi untuk mengalami lebih penurunan kerana historis perilakunya menunjukkan pembetulan mendalam akan ikuti selepas pemulihan yang kuat. Nisbah Emas Perak kini berada pada 78 dan telah pulih dari tahap 70 iaitu tahap penting yang ditunjukkan seperti dalam carta bulanan di bawah. (Lihat Graf 3)

Meskipun mengalami kemunduran yang besar minggu ini, kini Emas menikmati peningkatan tahun ke tarikh sebanyak 24%. Ianya adalah prestasi kedua terbaik dalam masa 10 tahun yang lalu bagi logam berharga sementara ia mecapai prestasi tertinggi pada tahun 2011. Walapun sejarah tidak mungkin akan berulang, pedagang logam berharga pada tahun 2011 akan mengingati bagaimana Emas juga menuju kea rah rekod tertinggi semasa krisis hutang Eropah dan menghadapi pengunduran yang besar dalam beberapa hari seterusnya selepas mencapai tahap tertinggi. Momentum merosot selepas itu dan pedagang kehilangan faedah kerana rintangan sukar untuk dicapai selepas kemesorotan kerana perdagangan menjadi sesak. 



ADS Securities LLC ("ADSS") adalah syarikat liabiliti terhad yang diperbadankan di bawah undang-undang Emiriah Arab Bersatu. Syarikat ini berdaftar dengan Jabatan Pembangunan Ekonomi Abu Dhabi (No. 1190047) dan mempunyai tempat perniagaan utamanya di Tingkat 8, Menara CI, Corniche Road, P.O. Box 93894, Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu. ADSS didaftarkan dan dikawal selia oleh Bank Pusat Emiriah Arab Bersatu.

CFD adalah instrumen yang kompleks dan berisiko tinggi untuk kehilangan wang dengan cepat kerana leveraj. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan adakah anda mampu mengambil risiko kehilangan wang yang tinggi.

Berdagang CFD adalah berisiko tinggi dan mungkin tidak sesuai untuk semua orang. Pastikan anda memahami  risiko yang terlibat secara sepenuhnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini