Ringgit berbanding dolar AS hampir tidak berubah, RM4.168 - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit berbanding dolar AS hampir tidak berubah, RM4.168


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar US hari ini berikutan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu meningkat semula dengan pelabur mula kembali kepada mata wang selamat.

Pada 9.30 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.1680/1730 berbanding dolar AS daripada 4.1680/1710 semalam.

Peniaga berkata, pelabur berharap menjelang ucapan Pengerusi Rizab Persekutuan AS, Jerome Powell pada Khamis, yang dijangka menentukan langkah-langkah yang sedia diambil oleh Fed untuk melindungi pemulihan ekonomi.

Sementara itu, ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0454/0502 daripada 3.0443/0467 semalam, bagaimanapun naik berbanding yen kepada 3.9144/9202 daripada 3.9184/9223.

Ringgit rendah berbanding pound kepada 5.4780/4854 daripada 5.4647/4703 pada Selasa dan susut berbanding euro kepada 4.9295/9371 daripada 4.9291/9343.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini