Ringgit ditutup lebih rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup lebih rendah


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini susulan aktiviti pengambilan untung selepas kenaikan baru-baru ini, kata seorang penganalisis.

Pada 6 petang, mata wang tempatan itu berada pada 4.1780/1800 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.1700/1750 pada Rabu.

Pasaran ditutup pada Khamis sempena cuti umum sambutan Maal Hijrah.

Ketua Pakar Strategi Pasaran Global AxiCorp, Stephen Innes, berkata selepas minggu yang kukuh bagi ringgit, peniaga tempatan melakukan pengambilan untung berikutan kekukuhan sedikit dolar AS berbanding mata wang G10.

"Saya tidak fikir pasaran akan menjadi bulis tetapi ia tidaklah banyak menyusut, yang membayangkan bahawa kita akan melihat dolar AS diniagakan tinggi sedikit apabila peniaga mengurangkan keseluruhan pegangan jangka pendek dolar AS," katanya kepada Bernama.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0528/0553 daripada 3.0572/0620 pada Rabu dan naik berbanding yen kepada 3.9561/9583 daripada 3.9575/9634.

Ringgit mengukuh berbanding euro kepada 4.9355/9383 daripada 4.9679/9841 dan menyusut berbanding pound Britain kepada 5.5012/5046 daripada 5.5173/5248.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini