Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit yang diniagakan tinggi semalam, meneruskan aliran mengukuh untuk dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pagi ini.

Menurut peniaga, kelemahan dolar sedikit sebanyak telah membantu meningkatkan permintaan untuk mata wang baharu muncul, termasuk ringgit.

Pada pukul 9 pagi, mata wang tempatan disebut harga pada 4.1400/1450 berbanding dolar AS daripada 4.1440/1490 ketika ditutup Isnin.

Seorang peniaga berkata para peniaga agak berhati-hati terutamanya menjelang keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS (FOMC) berhubung kadar faedah utamanya yang dijadual akan diputuskan pada Rabu berserta peningkatan kes COVID-19 dan peralihan politik di Amerika Syarikat.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0339/0386 daripada 3.0321/0369 pada Isnin, lebih rendah berbanding yen Jepun kepada 3.9167/9218 daripada 3.9080/9138 dan lemah berbanding euro kepada 4.9129/9193 daripada 4.9119/9195 semalam.

Mata wang tempatan itu, bagaimanapun, mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.3120/3189 daripada 5.3230/3315 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini