Ringgit ditutup lebih rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup lebih rendah

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup lebih lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini sejajar dengan penurunan harga minyak mentah, kata seorang peniaga.

Menjelang 6 petang, mata wang tempatan didagangkan pada 4.1490/1540 berbanding dolar AS daripada 4.1400/1440 yang direkodkan semalam.

Minyak mentah Brent susut 0.21 peratus kepada AS$42.36 setong.
Penganalisis Pasaran Kanan OANDA Asia Pasifik, Jeffrey Halley berkata harga minyak menyusut selepas OPEC sekali lagi, menurunkan jangkaan penggunaannya bagi 2021.

"Pagi tadi, kontrak Brent dan West Texas Intermediate merosot 0.2 peratus, tetapi secara amnya, kedua-dua petunjuk aras itu telah mengharungi cabaran ini dengan baik.

"Ini membayangkan bahawa harga minyak seolah-olah telah menemui keseimbangan sementara di sekitar paras terbabit," katanya kepada Bernama hari ini.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0564/0605 daripada 3.0477/0518 yang direkodkan semalam tetapi meningkat berbanding pound British kepada 5.3667/3749 daripada 5.4023/4092.

Ringgit juga menokok berbanding euro kepada 4.8659/8731 daripada 4.8798/8854 tetapi berkurangan berbanding yen kepada 3.9342/9401 daripada 3.9238/9287 sebelum ini.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini