Ringgit ditutup tidak berubah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup tidak berubah



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, disokong kenaikan harga minyak mentah global dan peningkatan pasaran saham global.

Pada jam 6 petang, ringgit diniagakan kepada 4.1500/1570 berbanding dolar AS daripada 4.1500/1550 ketika ditutup semalam.

Penganalisis Kanan Pasaran Asia Pasifik OANDA, Jeffrey Halley, berkata kenaikan semalaman pasaran saham pasaran disokong laporan Presiden AS, Donald Trump kembali ke Rumah Putih selepas mendapat rawatan untuk jangkitan COVID-19.

"Laporan itu meningkatkan jangkaan pasaran selepas Republik dan Demokrat telah memuktamadkan pakej rangsangan fiskal baharu sebelum Pilihanraya AS," katanya.

Ketika berita ini ditulis, minyak mentah Brent menokok 0.63 peratus kepada AS$41.55 satu tong.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama yang lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0521/0577 dari 3.0501/0540 pada Isnin dan merosot berbanding pound British kepada 5.3821/3929 dari 5.3743/3824.

Ringgit turut merosot berbanding euro kepada 4.8879/8974 dari 4.8792/8854, dan susut berbanding yen kepada 3.9303/9373 dari 3.9292/9347 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini