Ringgit lebih rendah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit lebih rendah berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini kerana kekurangan minat belian meskipun nilai dolar terus lemah.

Pada pukul 9.05 pagi, mata wang tempatan ialah pada 4.1550/1600 berbanding dolar AS daripada 4.1500/1600 ketika ditutup pada Jumaat.

AmBank Research dalam nota penyelidikannya berkata di pasaran tempatan, pelabur masih ragu-ragu meskipun ketidakpastian senario politik tempatan telah reda selepas Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu diadakan semalam.

"Kami menjangkakan ringgit diniagakan antara paras sokongan 4.1465 dan 4.1518 sementara halangan antara 4.1628 dan 4.1693," katanya.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara tengah hari semalam menyatakan tiada keperluan buat masa ini untuk mengisytiharkan darurat di negara ini atau mana-mana bahagian negara Malaysia.

Al-Sultan Abdullah bertitah keputusan berkenaan dibuat selepas memperhalusi permohonan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan berbincang dengan Raja-Raja Melayu serta melihat kepada situasi yang sedang dihadapi oleh negara.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama yang lain.
Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0603/0651 daripada 3.0593/0678 pada Jumaat, menyusut berbanding yen kepada 3.9685/9740 daripada 3.9664/9771 dan lemah berbanding euro pada 4.9220/9296 daripada 4.9153/9288.

Mata wang tempatan, bagaimanapun, mengukuh berbanding pound Britain pada 5.4231/4305 daripada 5.4286/4434.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini