Ringgit lebih kukuh berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit lebih kukuh berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari ketiga berturut-turut hari ini, didorong oleh sentimen optimis membabitkan vaksin COVID-19 yang sebaliknya menyebabkan minat terhadap unit negara maju itu terjejas, kata peniaga.

Pada jam 6 petang, ringgit berada di paras 4.0850/0900 berbanding dolar AS daripada 4.0880/0930 ketika ditutup pada Isnin.

Menurut peniaga, peningkatan harga minyak mentah serta sentimen positif bahawa Belanjawan 2021 akan diluluskan pada persidangan Dewan Rakyat Khamis ini, juga memacu permintaan terhadap ringgit pada hari ini.
"Pasaran bergerak dalam jajaran kecil pada awal hari ini namun meningkat pada sesi tengah hari apabila semakin banyak pihak yakin bahawa Belanjawan 2021 itu akan diluluskan.

"Barisan Nasional (BN) juga telah mengumumkan sokongan berterusan terhadap belanjawan itu yang sedikit sebanyak membantu meredakan tekanan," katanya.

Dalam pada itu, ringgit juga tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0435/0484 daripada 3.0476/0524 pada Isnin dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.9192/9251 daripada 3.9380/9439 semalam.

Unit tempatan itu juga naik berbanding pound Britain kepada 5.4588/4659 daripada 5.4624/4711 semalam dan meningkat berbanding euro kepada 4.8538/8614 daripada 4.8549/8625, sebelum ini.



Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini