Ringgit disokong kenaikan harga minyak, kelemahan dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit disokong kenaikan harga minyak, kelemahan dolar AS




KUALA LUMPUR: Kenaikan harga minyak dan kelemahan dolar Amerika Syarikat (AS) menyokong ringgit untuk ditutup lebih tinggi bagi hari kedua berturut-turut hari ini.

Pada penutup dagangan, mata wang tempatan berada pada 4.0430/0470 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.0480/0520 pada Selasa.

Ketua Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes, berkata percampuran dasar antara kumpulan negara pengeksport minyak yang lebih besar, pengurangan pengeluaran OPEC+ yang bergabung dengan fokus pentadbiran Joe Biden terhadap kesihatan awam serta langkah-langkah rangsangan ekonomi bagi menangani impak pandemik COVID-19, membayangkan harga minyak mampu meningkat lebih tinggi lagi.

"Saya menjangkakan harga minyak stabil pada paras semasa, mengambil kira perkembangan pemberian vaksin COVID-19. Kita seharusnya beransur-ansur kembali kepada persekitaran permintaan biasa, dan dengan itu harga minyak akan melambung tinggi," katanya.

Penanda aras antarabangsa minyak mentah Brent naik 0.73 peratus dan didagangkan pada AS$56.31 setong.

Bagaimanapun, ringgit terus melemah berbanding mata wang utama lain, kecuali euro.

Unit tempatan merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0490/0530 daripada paras 3.0443/0482 pada Selasa, susut berbanding pound kepada 5.5349/5412 daripada 5.5081/5140 dan turun berbanding yen kepada 3.8950/8996 daripada 3.8912/8962.

Bagaimanapun ringgit meningkat sedikit berbanding euro kepada 4.9025/9082 daripada 4.9058/9114.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini