Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini




KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan aliran menurunnya untuk ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini apabila sentimen lemah pasaran terus menjejaskan minat risiko pelabur, kata para peniaga.

Pada penutup dagangan, unit tempatan turun kepada 4.0430/0460 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.0415/0445 pda Jumaat minggu lalu.

Seorang peniaga berkata ringgit berada di bawah tekanan berikutan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0), harga minyak mentah rendah, peningkatan kes COVID-19 di seluruh dunia dan kelewatan bekalan vaksin.

"Pelabur juga mengambil pendekatan tunggu dan lihat sementara menunggu pengumuman pakej rangsangan daripada Presiden Amerika Syarikat Joe Biden," katanya.

Berbanding mata wang utama lain, ringgit diniagakan bercampur-campur.
Unit tempatan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0456/0485 daripada 3.0451/0485 pada Jumaat minggu lalu dan susut berbanding pound Britain kepada 5.5272/5329 daripada 5.5231/5288.

Ringgit, bagaimanapun, meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.8946/8986 daripada 3.8984/8021 pada Jumaat dan mengukuh berbanding Euro kepada 4.9106/9159 daripada 4.9197/9246 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini