Alat Pedagang Premium - Trade Terminal - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Alat Pedagang Premium - Trade Terminal



Berdagang dengan penuh yakin

Kini anda boleh melakukan keputusan dagangan dengan lebih maklum dan yakin dengan Alat Pedagang Premium (Premium Trader Tools)! Klien kami mempunyai akses kepada teknologi berkualiti institusi, termasuk alat dagangan termaju, berita dan maklumat yang boleh disesuaikan mengikut pengguna serta analisis dagangan.

Alat Pedagang Premium (Premium Trader Tools) yang boleh dimuat turun ini meliputi pelbagai keperluan dagangan, daripada scalper yang inginkan entri perintah yang tepat kepada pedagang yang melakukan keputusan dagangan mereka berdasarkan model Excel rumit.

Alat Pedagang Premium (Premium Trader Tools) merupakan cerminan penting pasaran melalui evolusi panjang berdasarkan maklum balas daripada pedagang.

Selain itu, semua alat berkenaan dijelaskan sepenuhnya menerusi panduan pengguna dan video yang komprehensif.

 

Terminal Dagangan (Trade Terminal)

Terminal Dagangan (Trade Terminal) ini menampilkan pelaksanaan dan analisis dagangan profesional. Ia direka khas untuk membekalkan sebilangan ciri-ciri dagangan khas yang tidak biasanya didapati dalam platform dagangan dasar.

Tiket urusniaga

Ciri-ciri utama tiket urusniaga:

Medan ringkas untuk menetapkan tahap henti rugi, ambil untung dan hentian jejakan dalam pip

Kalkulator pop muncul, contohnya untuk mengetahui saiz lot yang sepadan dengan risiko wang tunai bagi jarak henti rugi tertentu

Penanda kedudukan terbuka, memberikan akses kepada pilihan untuk penutupan, pembalikan, atau lindung nilai pantas terhadap kedudukan dalam mana-mana simbol

Borang urusniaga pop muncul untuk mencipta perintah menunggu serta perintah pasaran

Keupayaan untuk mencipta templat untuk entri perintah pantas

Memaparkan maklumat simbol utama (saiz pip, nilai bagi setiap pip dan banyak lagi)

Maksudnya, Terminal Dagangan (Trade Terminal) membolehkan entri satu klik bagi perintah pasaran ringkas, dan entri dua klik bagi potensi templat pratetap rumit. Templat ini juga boleh disimpan dan digunakan dalam Terminal Mini (Mini Terminal) dan alat Pengurus Pasaran (Market Manager).

Account metrics

Terminal Dagangan (Trade Terminal) memberikan gambaran keseluruhan terhadap metrik akaun semasa seperti ekuiti dan penggunaan margin, dengan kemudahan ringkas untuk menyediakan peringatan pada angka berkenaan, misalnya amaran jika penggunaan margin melebihi 10%. Untuk pengurusan penggera khusus, termasuk keupayaan untuk melaksanakan tindakan automatik, anda boleh menggunakan Pengurus Penggera (Alarm Manager).

Kedudukan dan senarai perintah

Terminal Dagangan (Trade Terminal) turut memaparkan senarai semua kedudukan terbuka dan perintah menunggu, dengan kemudahan yang pantas dan ringkas untuk melaksanakan tindakan seperti yang berikut:

Menutup semua kedudukan

Menutup semua kedudukan panjang

Menutup kedudukan tertentu

Melakukan sebahagian penutupan

Mengubah tahap henti rugi, ambil untung atau hentian jejakan pada mana-mana kedudukan atau perintah menunggu

Pedagang boleh memilih berbilang perintah daripada senarai dan melaksanakan tindakan bagi semua perintah berkenaan dengan serentak. Contohnya, pengguna boleh memilih semua kedudukan yang merugikan, kemudian tetapkan tahap ambil untung pulang modal pada kedudukan berkenaan dengan hanya dua klik tetikus.

Peraturan untuk penskalaan keluar daripada kedudukan

Terminal Dagangan (Trade Terminal) turut membolehkan pedagang untuk menentukan peraturan bagi penskalaan keluar daripada kedudukan, dan peraturan ini kemudiannya akan dikenakan secara automatik tanpa tindakan manual lanjut. Contoh peraturan berkenaan adalah seperti yang berikut:

Apabila kedudukan mencapai 20 pip untung, tutup separuh daripadanya dan alihkan s/l kepada pulang modal

Apabila kedudukan mencapai 30 pip untung, tutup lagi 25% dan alihkan s/l kepada +10 pip

Tutup baki kedudukan yang tinggal apabila keuntungannya mencecah 40 pip

Seperti entri perintah, peraturan ini boleh disimpan sebagai templat, dan boleh digunakan dengan pantas terhadap kedudukan baru yang akan datang dengan hanya dua klik tetikus

Analisis kedudukan

Terminal Dagangan (Trade Terminal) membekalkan beberapa pilihan untuk menganalisis kedudukan terbuka. Kedudukan berkenaan boleh dikelompokkan kepada beberapa kategori, misalnya, mengikut simbol, atau arah pergerakan, atau kombinasi simbol dan arah pergerakan. Pedagang boleh melihat jumlah keuntungan dan maklumat lanjut bagi setiap kategori, kemudian melaksanakan tindakan bagi semua kedudukan yang jatuh dalam kategori berkenaan.

Sumber data: FX Blue Labs

Penafian: Bahan ini dibekalkan sebagai komunikasi pasaran umum bagi tujuan pengetahuan semata-mata dan tidak boleh dianggap sebagai penyelidikan pelaburan bebas. Tiada perkara dalam komunikasi ini mengandungi, atau boleh dianggap sebagai mengandungi, nasihat pelaburan atau pelaburan yang disarankan atau pemujukan atas tujuan untuk membeli atau menjual sebarang instrumen kewangan. Semua maklumat yang dibekalkan tidak memberikan jaminan terhadap prestasi masa hadapan.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini