EURUSD Terus Mengejar Paras 1.2000 - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

EURUSD Terus Mengejar Paras 1.2000



EURUSD meneruskan pemulihan dengan mencatatkan kenaikan berterusan sejak minggu lepas. Selepas berjaya melepasi resistant terdekat pada 1.1920, EURUSD meneruskan kenaikan dan kini didagang di sekitar 1.1960. Kelemahan USD jelas membantu kenaikan pasangan matawang ini, di mana data inflasi Amerika Syarikat (US CPI) yang diterbitkan pada malam tadi jelas memberi impak positif kepada pasaran. Data CPI tidak termasuk makanan dan tenaga dicatatkan tinggi 1.6% berbanding jangkaan 1.5% (data sebelum 1.3%).

EURUSD akhirnya membuat Gerakan selepas ia dibendung dalam pergerakan mendatar selama 3 hari pada minggu lepas, paras penghalang 1.1920 berjaya ditembusi sekaligus memberi momentum kenaikan kepada EURUSD. Kini, EURUSD berada di bawah resistant daripada 50 day Moving Averages 1.1962, paras R1 weekly pivot berada sedikit diatas pada 1.1973. Manakala paras resistance seterusnya berada di paras tertinggi harga 17 Mac 1.1990. Para penjual di pasaran jelas dalam keadaan tertejan, ia perlu menekan harga EURUSD di bawah 1.1900 sekiranya ingin kekal menguasai pasaran dengan paras 200 Day Moving Average menjadi support penting. Pecahan support ini dan 1.1900 akan mengaktifkan weekly pivot point di 1.1855 sebagai support penting.

Data ekonomi untuk Zon Euro dan US agak ringan pada hari Rabu, Zon Euro akan menerbitkan data ‘Industrial Production’ dan pada malam, Pengerusi FED Jerome Powell akan memberikan ucapan di majlis rasmi.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini