Ringgit terus kukuh berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit terus kukuh berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit terus meningkat berikutan dolar Amerika Syarikat (AS) merosot hari ini dalam persekitaran pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang tidak menentu, kata penganalisis.

Pada 6 petang, unit tempatan naik 120 mata asas (bps) untuk ditutup kepada 4.0960/1000 berbanding dolar AS daripada 4.1080/1130 semasa ditutup pada Jumaat lalu.

Penganalisis berkata ringgit turut mengukuh berikutan terbitan Sukuk Kelestarian Malaysia dalam Dolar AS yang pertama di dunia pada 22 April.

Kerajaan Malaysia telah berjaya menetapkan harga Sukuk Kelestarian berdaulat yang pertama di dunia dalam dolar AS menerusi terbitan bertempoh matang 10 tahun dengan jumlah AS$800 juta.

Kerajaan turut menerbitkan sukuk bertempoh matang 30 tahun berjumlah AS$500 juta.

"Dengan penawaran mencatatkan lebihan langganan sebanyak 6.4 kali, ia membuktikan keyakinan pasaran terhadap pertumbuhan dan pemulihan ekonomi negara walaupun berdepan dengan situasi akibat pandemik COVID-19," katanya.

Beliau berkata permintaan yang kukuh turut meningkatkan keyakinan pelabur secara berperingkat untuk beberapa hari ini, selain optimisme terhadap ekonomi yang dijangka berkembang sebanyak enam peratus hingga 7.5 peratus pada 2021.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain, kecuali berbanding euro, merosot kepada 4.9545/9602 daripada 4.9522/9595 pada Jumaat.

Unit tempatan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0890/0932 daripada 3.0936/0978 pada Jumaat, meningkat berbanding yen kepada 3.8017/8058 daripada 3.8069/8119 dan mengukuh berbanding pound kepada 5.6992/7056 daripada 5.7007/7093.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini