Ringgit teruskan momentum peningkatan - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit teruskan momentum peningkatan



KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan kenaikan semalam untuk ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat susulan pulangan ke atas bon Perbendaharaan AS mencatatkan prestasi rendah, kata penganalisis.

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan kukuh pada 4.1080/1130 berbanding mata wang negara maju itu daripada 4.1105/1145 ketika ditutup pada Khamis.

Peniaga berkata, pulangan ke atas bon Perbendaharaan AS bertempoh 10 tahun dilaporkan susut berikutan Presiden Joe Biden akan melancarkan rancangan untuk menaikkan cukai ke atas golongan berpendapatan tinggi.

Beliau berkata penurunan dolar AS itu sekali gus menyokong mata wang tempatan.

"Pulangan ke atas bon Perbendaharaan AS menjadi pemacu yang lebih utama bagi ringgit berbanding harga minyak mentah, kerana prestasi rendah hasil perbendaharaan AS menjadikan Sekuriti Kerajaan Malaysia lebih menarik bagi pelabur asing," katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0936/0978 daripada 3.0948/0980 ketika ditutup pada Khamis namun rendah berbanding euro kepada 4.9522/9595 daripada 4.9490/9555.

Ringgit naik berbanding pound Britain kepada 5.7007/7093 daripada 5.7152/7212 dan susut berbanding yen kepada 3.8069/8119 daripada 3.8036/8076.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini