Saham-saham terbaik untuk didagangkan bagi Mei 2021 - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Saham-saham terbaik untuk didagangkan bagi Mei 2021

Setelah melalui tahun 2020 yang sukar, tiada siapa yang yakin bila wabak koronavirus akhirnya akan berakhir. Ada terlalu banyak ketidaktentuan. Walau bagaimanapun, suku pertama 2021 benar-benar baik untuk pasaran! Pemulihan ekonomi global ternyata lebih mantap daripada yang dijangkakan lantaran dari program vaksinasi besar-besaran.

Penjarakan sosial dilonggarkan di kebanyakan kawsan di seluruh dunia dan ekonomi telah mulai berkembang dengan stabil. Kejadian-kejadian ini tentunya memberi impak yang besar ke atas pasaran saham. Oleh itu, berdasarkan perubahan ekonomi semasa, wawasan jangka panjang kami, dan prestasi saham itu sendiri, kami telah merampai senarai saham-saham terbaik untuk diperdagangkan di bulan Mei 2021.

Berikut adalah saham-saham yang menunjukkan prestasi terbaik pada bulan April 2021

Simbol Nama syarikat Prestasi harga

MRNA Moderna 29.76%

NVDA Nvidia 14.62%

NVAX Novavax 13.23%

GOOG Alphabet Inc.11.13%

TSLA Tesla 10.94%

MSFT Microsoft 10.88%

PYPL PayPal 9.97%

V Visa Inc. 8.62%

IBM International Business Machines (IBM) 6.97%

PM Philip Morris 6.43%

EA Electronic Arts 5.46%

Sekiranya anda mencari saham yang terbaik untuk berdagang dengan risiko serendah yang mungkin, anda mungkin berminat untuk berdagang dengan indeks saham. Memilih saham individu mungkin suatu yang sukar di peringkat awal, itulah sebabnya mengapa ramai pelabur lebih suka berdagang dengan dana indeks, yang terangkum di dalamnya pelbagai saham. Baca lebih lanjut dalam artikel kami: “Bagaimana cara melabur dengan dana indeks”.

Berikut adalah saham-saham terbaik untuk didagangkan bagi bulan Mei 2021

Simbol Nama syarikat

TSLA Tesla

MSFT Microsoft

PYPL PayPal

TRIP TripAdvisor

MRNA Moderna

DISNEY Walt Disney

NVDA Nvidia

BABA Alibaba Group

JNJ Johnson & Johnson

KO Coca-Cola

GOOG Alphabet Inc.

Tinjau senarai penuh saham-saham yang ada!

Anda boleh gunakan aplikasi mudah alih FBS Trader atau MetaTrader 5 untuk berdagang saham dan indeks!

Bagaimana cara berdagang saham?

Secara teknikalnya, anda boleh gunakan semua teknik yang anda gunakan untuk matawang dan komoditi, di pasaran saham. Sekiranya anda mengunjurkan harganya berpotensi naik, buka pesanan beli. Sebaliknya, jika unjuran anda mendapati harganya berkemungkinan turun, buka pesanan jual

Tips untuk perdagangan saham

Pelbagaikan

Idea asas pempelbagaian (diversification) adalah untuk tidak meletakkan semua telur dalam satu bakul - untuk merampai satu set yang terdiri dari pelbagai saham yang akan bertindak balas dengan cara yang berbeza terhadap peristiwa ekonomi yang sama. Mengapa? Untuk mengurangkan risiko pergerakan harga yang tidak dijangka dari satu aset. Bagaimana?


Melabur pada pelbagai sektor.

Beli saham yang terkurang nilai (undervalued) dengan potensi pertumbuhan yang lebih tinggi dan gergasi yang sudah terbukti mantap selama beberapa dekad seperti Amazon atau Google.

Pelbagaikan saiz dan jenis syarikat.

Baca artikel kami “Cara mencari dan memperdagangkan saham pertumbuhan”.

Pantau berita

Pastikan adna mengikuti bukan hanya berita tentang syarikat-syarikat yang sahamnya anda miliki, tetapi juga dengan peristiwa-peristiwa penting ekonomi. Sentimen keseluruhan pasaran cenderung memberi kesan yang besar kepada semua saham tanpa mengira keadaan kewangan semasa.  

Tonton Pelan Perdagangan Harian kami sentiasa maklum dengan perkembangan semasa.

Berdagang sempena laporan perolehan

Musim perolehan menawarkan peluang yang unik untuk para pedagang. Ini adalah masa di mana syarikat-syarikat terbesar Amerika menerbitkan laporan perolehan mereka untuk suku tahun sebelumnya. Harga boleh melonjak atau merudum puluhan peratus selepas pengumuman, jadi pedagang boleh meraih keuntungan dalam jangka waktu yang sangat singkat.

Sekiranya laporan kewangan (suku tahunan atau tahunan) menunjukkan bahawa keuntungan atau penjualan syarikat meningkat, pelabur akan berasa tertarik. Permintaan untuk saham syarikat berkenaan meningkat dan harganya naik.

Sekiranya syarikat itu mengumumkan bahawa keuntungannya telah merosot, sahamnya akan jatuh bila berita mengenainya disiarkan.

Yang bagusnya untuk pedagang FBS, mereka boleh berdagang saham secara dua hala iaitu dengan urusniaga jual dan beli. Oleh itu, para pedagang berpeluang meraih keuntungan tidak kira apa yang sedang berlaku!

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini