Dagangan ringgit berakhir lemah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Dagangan ringgit berakhir lemah


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung selepas meningkat selama dua hari, kata peniaga.

Pada 6 petang, mata wang tempatan itu berada pada 4.1200/1220 berbanding dolar AS daripada 4.1165/1175 semalam.

Peniaga itu berkata pelabur kekal berhati-hati terhadap ketidaktentuan mengenai prospek ekonomi global minggu ini, dengan memberi tumpuan kepada mesyuarat Rizab Persekutuan AS yang akan datang mengenai data inflasi.

Beliau berkata, pelabur sedang menunggu pengumuman data Indeks Harga Pengguna Teras (IHP) AS dan data tuntutan pengangguran awal, yang berkemungkinan menjadi penggerak pasaran utama hari ini.

Sementara itu, unit tempatan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit susut berbanding yen kepada 3.7622/7640 daripada 3.7604/7616.

Bagaimanapun, unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1085/1102 daripada 3.1103/1115, naik berbanding euro kepada 5.0120/0144 daripada 5.0176/0188 dan menokok berbanding pound Britain kepada 5.8084/8112 daripada 5.8347/8361 sebelum ini.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini