Memahami Corak Bullish 3-Drive - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Memahami Corak Bullish 3-Drive


Apakah sebenarnya corak Bullish 3-Drive?

Dikenali sebagai 3-drives ke bawah. 

Ia sangat mudah dikenali, kerana ia merupakan satu corak yang jarang berlaku, di mana kuncinya terletak pada simetri harga dan masa. 

Dibentuk oleh 3 symmetrical valley yang berturut-turut. 

Mengandungi dua corak ABCD bullish (saling terkait) yang berkaitan. 

Mengandungi corak bullish butterfly (yang lengkap pada drive ketiga). 

Corak yang lebih jarang dilihat daripada butterfly atau Gartley.


Mengapakah ia begitu penting?

Mampu menunjukkan pasaran yang berkemungkinan berada pada harga paling rendah — kebarangkalian yang lebih tinggi untuk pertukaran trend pasaran.

Dapat memberikan nisbah risiko/ganjaran yang sangat baik.

Kegagalan corak menunjukkan kemungkinan pergerakan menurun yang berterusan.


Peraturan corak Bullish 3-Drive:

Kuncinya adalah Symmetry.

Drives 2 dan 3 hendaklah 127.2%  atau 161.8% peluasan pengurangan harga A dan C.

Pengurangan harga A dan C biasanya adalah  61.8% atau 78.6%  drive sebelumnya.

Dalam trend pasaran yang kuat, pengurangan harga ini mungkin hanyalah 38.2% atau 50%

Sekiranya terdapat jurang harga yang besar pada sebarang masa, ia mungkin menunjukkan corak yang salah.


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini