Ringgit ditutup lebih kukuh - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup lebih kukuh



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan sokongan belian yang rendah terhadap mata wang itu.

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.1200/1225 berbanding dolar AS daripada 4.1275/1285 semasa ditutup pada Jumaat lalu.

Pasaran ditutup semalam sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Peniaga berkata, pedagang memantau laporan inflasi AS pada minggu ini untuk pengukuran yang lebih jelas mengenai pergerakan dolar AS, berikutan data ekonomi yang bercampur-campur dari negara itu dan petunjuk bercampur-campur mengenai kemungkinan kenaikan kadar faedahnya.

Sementara itu, unit tempatan diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.1108/1132 daripada 3.1076/1086 semasa ditutup pada Jumaat lalu dan susut berbanding euro kepada 5.0149/0179 daripada 5.0013/0025 sebelum ini.

Unit tempatan merosot berbanding yen kepada 3.7608/7635 daripada 3.7482/7494, bagaimanapun meningkat berbanding pound kepada 5.8236/8272 daripada 5.8313/8327 sebelum ini.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini