Ringgit ditutup lebih rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup lebih rendah

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan kekurangan momentum belian.

Pada jam 6.15 petang, mata wang tempatan turun kepada 4.1265/1283 berbanding 4.1220/1270 pada Isnin.

Sementara itu, unit tempatan diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1229/1255 daripada 3.1152/1194 dan turun berbanding euro kepada 5.0491/0514 daripada 5.0227/0304.

Unit tempatan jatuh berbanding yen kepada 3.7638/7789 daripada 3.7565/7621 dan berkurangan berbanding pound Britain kepada 5.8583/8621 daripada 5.8421/8508.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini