Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, mencapai paras terendah dalam tempoh tujuh bulan susulan penilaian negatif terhadap unjuran negara oleh agensi penarafan S&P.

Pada 6 petang, unit tempatan itu merosot kepada 4.1600/1640 berbanding dolar AS daripada 4.1590/1620 sewaktu ditutup semalam.

Laporan S&P yang dikeluarkan semalam mengekalkan penarafan terbitan jangka panjang Malaysia berdenominasi mata wang asing pada A- dan ringgit pada A, dengan prospek negatif.

Memetik laporan itu, Bloomberg berkata, penilaian itu adalah berdasarkan peningkatan risiko kepada pemulihan fiskal dan ekonomi disebabkan pandemik dan ketidaktentuan di negara ini.

Sewaktu ditutup, ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain, kecuali berbanding yen.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0929/0964 daripada 3.0874/0901 sewaktu ditutup semalam dan lemah berbanding pound kepada 5.8078/8134 daripada 5.7681/7723 pada Selasa, dan turun berbanding euro kepada 4.9670/9718 daripada 4.9426/946.

Bagaimanapun, ia meningkat berbanding yen kepada 3.7488/7527 daripada 3.7658/7689 sebelum ini. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini