Harga minyak mentah kembali atas paras AS$71 - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Harga minyak mentah kembali atas paras AS$71



NEW YORK: Minyak terus diniagakan di atas paras AS$71 setong selepas tiga hari lantuan harga susulan keyakinan terhadap peningkatan permintaan yang akan melonjakkan pasaran global.

Penanda aras West Texas Intermediate (WTI) berubah sedikit pada awal dagangan di Asia setelah kenaikan lebih daripada lapan peratus dalam tiga sesi sebelumnya.

Kenaikan berterusan itu bermaksud harga hanya berubah sedikit pada minggu ini, setelah dapat mengatasi kemerosotan pada Isnin lalu iaitu ketika minyak mentah menjunam di tengah-tengah kebimbangan penyebaran varian coronavirus delta yang dibimbangi menjejaskan penggunaan bahan api ketika mana persekutuan OPEC+ bertindak untuk menambah lebih banyak pengeluaran.

Harga minyak mentah secara umumnya mencatat peningkatan pada tahun ini susulan program vaksin yang membolehkan ekonomi dibuka kembali.

Ia mendorong permintaan tenaga dan mengurangkan stok yang meningkat sepanjang pandemik.

Walaupun kemunculan dan penyebaran varian delta yang amat mudah berjangkit telah menggendalakan proses itu, terutama di beberapa kawasan di Asia, pelabur menjangka naratif positif yang lebih meluas.

Data minggu ini menunjukkan permintaan petrol pada dasarnya kembali normal di kebanyakan negara, serta stok minyak mentah yang lebih rendah di pusat penghantaran utama AS iaitu Cushing di Oklahoma

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini