Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit meningkat semula daripada penurunan semalam untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini, didorong oleh permintaan baharu walaupun harga minyak mentah merosot, kata penganalisis.

Pada 6 petang, unit tempatan naik sebanyak 170 mata asas untuk ditutup kepada 4.2190/2220 berbanding dolar AS daripada 4.2360/2410 semasa ditutup pada Khamis.

Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim, berkata unit tempatan menyaksikan peningkatan berbanding dolar AS apabila indeks dolar rendah pada Jumaat berikutan pelabur agak bimbang mengenai kenyataan Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) Jerome Powell berhubung pasaran buruh.

"Pasaran buruh AS mungkin memerlukan masa sebelum pulih untuk Fed mempertimbangkan dasar monetari yang terhad," katanya kepada Bernama.

Pada penutup, unit tempatan diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1189/1216 daripada 3.1285/1324 semalam dan mengukuh berbanding pound kepada 5.8935/8977 daripada 5.9092/9162 sebelum ini.

Unit tempatan naik berbanding euro kepada 5.0181/0216 daripada 5.0294/0353 dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.8502/8529 daripada 3.8562/8611 semalam.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini