Ringgit ditutup sedikit kukuh - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup sedikit kukuh


KUALA LUMPUR: Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Khamis, seiring dengan peningkatan harga minyak mentah Brent berikutan ketegangan terbaharu di Asia Barat.

Pada jam 6 petang, ringgit berada di paras 4.2140/2190 berbanding dolar AS daripada 4.2180/2230 pada Rabu.

Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Adam Mohamed Rahim, berkata ringgit berupaya meraih peningkatan kecil pada hari ini walaupun dolar AS secara amnya lebih kukuh berikutan kenyataan oleh Rizab Persekutuan AS (Fed) yang cenderung menaikkan kadar faedah.

Menurut laporan, kenyataan oleh pegawai Fed itu antara lainnya optimis bahawa syarat membabitkan kenaikan kadar faedah itu berkemungkinan dapat dipenuhi menjelang akhir 2022.

Adam berkata, kenyataan sedemikian hanya meningkatkan lagi jangkaan bahawa bank pusat AS itu akan mengurangkan program pembelian bon dalam masa terdekat ini.

Harga minyak mentah Brent berada di paras AS$70.89 setong.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Ia mengukuh berbanding yen kepada 3.8456/8505 daripada 3.8633/8679 pada akhir urus niaga semalam dan meningkat berbanding euro kepada 4.9868/9928 daripada 5.0017/0076 sebelum ini.

Unit tempatan itu turut meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1206/1247 daripada 3.1265/1305 semalam dan naik berbanding pound Britain kepada 5.8655/8724 daripada 5.8778/8848, sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini