Trade seperti orang yang telah membankrapkan Bank of England- George Soros - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Trade seperti orang yang telah membankrapkan Bank of England- George Soros


Trade seperti orang yang telah membankrapkan Bank of England- George Soros

George Soros dilahirkan pada tahun 1930 dan telah bekerja di beberapa rangkaian firma kewangan sehinggalah dia menubuhkan Pengurusan Dana Soros pada tahun 1970. 22 tahun kemudian, dia memperolehi keuntungan sebanyak $ 1 bilion setelah membuat jualan singkat matawang poundsterling (GBP)  yang dilaporkan berjumlah $10 bilion, dan hampir membankrapkan Bank of England.

Sebagai salah seorang daripada 200 individu terkaya di dunia, dia telah membuat banyak trading yang luar biasa dalam sejarah. Tetapi apakah falsafah tradingnya?

✅ Dana lindung nilainya  terkenal dengan strategi makro global,  falsafah yang  menumpukan kepada membuat pertaruhan sehala besar terhadap pergerakan kadar mata wang, harga komoditi, saham, bon, derivatif, dan aset lain berdasarkan analisis makroekonomi.

✅ Sentiasa mengkaji sasarannya, membiarkan pergerakan pelbagai pasaran kewangan dan pesertanya menentukan tradingnya. 

✅ Menggunakan strategi trading yang bersifat refleksif. Teori ini menolak idea tradisional pada  persekitaran pasaran yang berdasarkan keseimbangan di mana semua maklumat diketahui oleh semua peserta pasaran dan dengan itu  harganya telah mengambil kira faktor yang ada.

✅ Dia percaya bahawa peserta pasaran sendiri mempengaruhi secara langsung asas pasaran dan  tingkah laku tidak rasional mereka membawa kepada kejatuhan dan peningkatan yang memberi peluang pelaburan

✅ Harga rumah merupakan contoh tindakan teorinya yang menarik. Apabila pemberi pinjaman menjadikannya mudah untuk mendapat pinjaman, lebih ramai orang meminjam wang. Dengan adanya wang, orang-orang ini membeli rumah, yang mengakibatkan peningkatan permintaan untuk rumah.

Trading mengikut cara George Soros bukan untuk mereka yang lemah semangat atau mempunyai duit yang sedikit. Kelemahan pertaruhan besar dan keuntungan besar adalah pertaruhan besar dan kerugian besar. Sekiranya anda tidak mampu menanggung kerugian, anda tidak boleh trade seperti Soros, tetapi anda masih boleh pelajari muslihatnya untuk diterapkan dalam trading anda.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini