Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR: Nilai ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada pagi urus niaga Isnin dengan dolar AS terus mengukuh di tengah-tengah kebimbangan mengenai inflasi berserta harga minyak yang rendah, kata seorang peniaga.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan itu lemah kepada 4.1870/1895 berbanding dolar AS daripada 4.1810/1850 ketika ditutup pada Jumaat minggu lalu.

Peniaga itu menambah pengumuman data ekonomi Amerika Syarikat yang memberangsangkan dan kebimbangan berkenaan dengan peningkatan inflasi menjurus kepada gesaan agar dasar perlu diketatkan dengan segera oleh Rizab Persekutuan.

"Pengumuman data ekonomi AS minggu lepas menunjukkan prestasi yang lebih kukuh pada Oktober 2021 walaupun kebimbangan terhadap kekangan bekalan dan kebangkitan semula kes COVID-19 mungkin boleh menjejaskan aktiviti ekonomi," katanya.

Sementara itu, pada paras pembukaan, mata wang tempatan diniagakan rendah berbanding unit utama yang lain kecuali dengan euro, menyaksikan ringgit mengukuh kepada 4.7234/7262 daripada 4.7249/7295 pada Jumaat.

Unit tempatan lemah berbanding pound Britain kepada 5.6265/6299 daripada 5.6147/6200 pada penutupan Jumaat minggu lepas, susut berbanding yen Jepun kepada 3.6706/6731 daripada 3.6675/6714, dan lebih rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0728/0749 daripada 3.0702/0736.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini