Ringgit ditutup hampir tidak berubah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup hampir tidak berubah


KUALA LUMPUR: inggit ditutup hampir tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin apabila kebimbangan meningkat terhadap prospek ekonomi global menyebabkan pelabur kekal tidak memasuki pasaran, kata peniaga.

Pada 6 petang, mata wang tempatan berada pada 4.2370/2395 berbanding dolar AS daripada 4.2370/2400 pada Jumaat minggu lalu.

Seorang peniaga berkata, dolar AS pulih semula daripada penurunan pada Jumaat apabila pelabur terus memilih mata wang selamat itu di tengah-tengah pendekatan berhati-hati susulan penemuan varian Omicron COVID-19.

Katanya, pelabur dijangka terus memantau kesan ekonomi yang disebabkan oleh varian Omicron dan rancangan mengetatkan monetari oleh beberapa bank pusat untuk mencari petunjuk selanjutnya.

Sentimen pasaran, bagaimanapun, disokong oleh data ekonomi positif dari Jepun, katanya.

Unit tempatan diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0968/0990 daripada 3.0893/0920 pada Jumaat dan jatuh berbanding pound British kepada 5.6517/6551 daripada 5.6403/6443.

Unit tempatan turun berbanding yen Jepun kepada 3.7376/7402 daripada 3.7131/7160, dan merosot berbanding euro kepada 4.7819/7847 daripada 4.7713/7747.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini