FBS Menganjurkan Promosi Parti Ulangtahun Dengan Hadiah Utama Tesla Model 3 - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

FBS Menganjurkan Promosi Parti Ulangtahun Dengan Hadiah Utama Tesla Model 3



Februari ini, FBS meraikan 13 tahun yang gilang-gemilang di pasaran. Tentu sekali, kami tidak akan dapat pergi sejauh ini tanpa anda, pelanggan-pelanggan kami. Kami berterima kasih kepada setiap dari anda di atas kepercayaan dan sokongan anda. Mengenangkan ini semua, kami memutuskan untuk menjadikan sambutan ulangtahun kali ini satu promosi yang amat pemurah.

Parti Ulangtahun FBS bermula pada 15 Februari. Promosi selama empat minggu ini memberi mana-mana pelanggan FBS peluang untuk mendapatkan salah satu daripada beberapa hadiah yang dijamin dan mengambil bahagian dalam cabutan bertuah untuk memenangi hadiah utama Tesla Model 3 Performance dan Jaguar F-Type, selain dari pelbagai hadiah berharga yang lain. Pemenang cabutan bertuah akan dipilih secara rawak pada 18 Mac.

Hadiah-hadiah cabutan termasuklah iMac 24, Macbook Air 2020, iPhone 13 Pro Max 256GB, Tablet Samsung Galaxy Tab S6 Lite 64GB, Xiaomi Redmi 9C 4/64GB dan banyak lagi. 

Untuk menyertai promo ini sangat mudah:

Jadi pelanggan FBS.

Muat turun atau kemaskini aplikasi Laman Peribadi FBS atau gunakan versi webnya, aplikasi FBS Trader atau aplikasi FBS CopyTrade.

Tekan butang ‘Sertai sekarang’.

Deposit dan teruskan dengan berdagang.


Hadiah yang dijamin dapat diberikan untuk lima lot urusniaga perdagangan di FBS Trader dan Laman Peribadi FBS atau pelaburan $250 di FBS CopyTrade. Hadiah akan dipilih secara rawak. Ia termasuklah:

Mata Program Kesetiaan untuk Laman Peribadi FBS (versi aplikasi dan versi web).

Hadiah tunai.

Webinar akses terhad untuk pedagang dan pelabur.

Analisis VIP untuk FBS Trader dan Laman Peribadi FBS.

Surat berita dengan tips-tips pelaburan untuk pengguna FBS CopyTrade.

Barangan berjenama dan cenderahati.

Promosi tamat pada 14 Mac. Keputusan akan diterbitkan di laman web kami.

Jangan bertangguh, sertai sekarang, dan jadi sebahagian dari Parti Ulangtahun FBS. Kami raikan, anda dapat hadiah! 



Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini