Ringgit ditutup lebih rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup lebih rendah


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini selepas mata wang negara maju itu mendapat sokongan belian yang lebih baik susulan kedudukannya sebagai mata wang yang selamat di tengah-tengah krisis semasa.

Pada 6 petang, ringgit didagangkan pada 4.1765/1805 berbanding dolar AS daripada 4.1760/1795 yang dicatatkan semasa ditutup Jumaat lalu.

Laporan berita berkata, pengukuhan dolar AS yang berterusan disokong oleh konflik ketenteraan yang semakin memburuk membabitkan Russia-Ukraine.

"Pergerakan yang lebih tinggi dalam dolar AS setakat ini datang seiring dengan pemulihan dalam hasil negara itu susulan kelemahan baru-baru ini, yang seterusnya didorong oleh minat pembelian bon yang agak mantap," menurut Fxstreet.com.

Sementara itu, ringgit didagangkan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama lain.

Ia menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.0606/0638 daripada 3.0715/0745 tetapi merosot berbanding yen kepada 3.6295/6333 daripada 3.6178/6211 sebelum ini.

Mata wang tempatan itu melonjak berbanding pound British kepada 5.5005/5057 daripada 5.5558/5604 dan bertambah baik berbanding euro kepada 4.5344/5388 daripada 4.5994/6033 yang dicatatkan pada Jumaat lalu.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini