Ringgit ditutup rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup rendah


KUALA LUMPUR: Ringgit bergelut dalam pergerakannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sebelum ditutup rendah pada Isnin berikutan satu lagi pusingan hasil AS yang tinggi, sekali gus mendorong lebih banyak minat belian terhadap mata wang negara maju itu.

Pada 6 petang, mata wang tempatan susut kepada 4.2290/2320 berbanding dolar AS daripada 4.2195/2230 ketika ditutup pada Jumaat lalu.

Hasil Perbendaharaan AS berjangka 10 tahun dilaporkan pada 2.76 peratus ketika pagi Isnin, manakala kadar berjangka lima tahun dan 30 tahun masing-masing kekal songsang.

Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes, berkata susulan perintah sekatan pergerakan China berterusan dan dengan peningkatan kes koronavirus, tiada kemungkinan bagi pembukaan semula mengikut dasar sifar COVID negara itu.

"Ini sesuatu yang negatif bagi negara yang mempunyai hubungan perdagangan, termasuk Malaysia, kerana sekatan pergerakan akan menyebabkan tempoh perbelanjaan pengguna yang lebih rendah berlarutan," katanya kepada Bernama.

Ringgit didagangkan rendah kebanyakannya berbanding kumpulan mata wang utama.

Unit tempatan lemah berbanding pound kepada 5.5201/5240 daripada 5.5026/5072 ketika ditutup pada Jumaat lalu serta susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1004/1031 berbanding 3.0953/0981.

Ringgit turun berbanding euro kepada 4.6210/6243 daripada 4.5858/5896 namun meningkat berbanding yen kepada 3.3738/3764 daripada 3.4004/4034 pada Jumaat minggu lalu.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini