Dagangan ringgit bermula lebih tinggi - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers
InstaForex

Dagangan ringgit bermula lebih tinggi


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini walaupun permintaan tinggi terhadap mata wang AS itu, kata penganalisis.

Pada masa ini, harga minyak mentah penanda aras naik 0.72 peratus kepada AS$115.05 setong.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.3925/3960 berbanding dolar AS daripada 4.3980/3995 pada Jumaat.

Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata harga minyak yang tinggi boleh menjadi faktor asas kepada ringgit dalam persekitaran ketidaktentuan dalam pasaran global.

"Kemungkinan kelonggaran dalam langkah-langkah COVID-19 mulai 1 Jun 2022 untuk Shanghai telah menyebabkan harga minyak mentah tinggi," katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata, data dari China menunjukkan strategi sifar COVID-19 negara itu telah memberi impak kepada ekonominya.

Beliau berkata, aktiviti ekonomi China merosot berikutan jualan runcit dan indeks pengeluaran perindustriannya, masing-masing susut 11.1 peratus dan 2.9 peratus pada bulan April.

Begitu juga, Indeks Pembuatan New York Empire State AS turut merosot kepada -11.6 pada Mei 2022 daripada 24.6 pada April 2022, menunjukkan pemulihan dalam sektor pembuatan masih tentatif.

Oleh itu, Mohd Afzanizam berkata, dinamik sedemikian bermakna permintaan terhadap mata wang selamat akan terus kekal kukuh apabila ketidaktentuan ekonomi meningkat.

Bagaimanapun, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.1573/1601 daripada 3.1482/1497 pada Jumaat, berkurangan berbanding euro kepada 4.5880/5916 daripada 4.5625/5640 dan susut berbanding pound kepada 5.4151/4194 daripada 5.3568/3586.

Bagaimanapun, unit tempatan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.3982/4012 daripada 3.4127/4142 sebelum ini.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini