Dolar AS kukuh, ringgit merosot lagi - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers
InstaForex

Dolar AS kukuh, ringgit merosot lagi

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini apabila mata wang AS itu kembali mengukuh di tengah-tengah perdebatan mengenai sama ada pakej rangsangan baharu China mampu merancakkan semula ekonomi negara berkenaan, kata seorang penganalisis.

Pada 6 petang, mata wang tempatan berada pada 4.3950/3990 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.3930/3960 pada Rabu.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes, berkata yuan yang lemah membawa kepada peningkatan mendadak dolar AS dalam masa kurang daripada 36 jam.

"Yuan mempunyai tarikan magnetik kepada semua pasangan pertukaran asing Asia dan lebih-lebih lagi ringgit, kerana Malaysia mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan China," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, peniaga ActiveTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz, berkata peningkatan dolar AS itu adalah selaras dengan pengeluaran Indeks Harga Pengguna Malaysia (IHP) bagi April yang sejajar dengan jangkaan pada 2.3 peratus.

"Dari segi teknikal, dolar AS/ringgit berada pada paras ketahanan penting di carta harian," katanya.

Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Unit tempatan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.1987/2018 daripada paras penutup 3.1947/1971 pada Rabu, susut berbanding pound Britain kepada 5.5377/5427 daripada 5.4908/4946 dan berkurangan berbanding yen Jepun kepada 3.4677/4712 daripada 3.4563/4590.

Bagaimanapun, ringgit meningkat berbanding euro kepada 4.7079/7122 daripada 4.6895/6927.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini