Ringgit cecah RM4.40 berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit cecah RM4.40 berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit melepasi paras RM4.40 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada penutup dagangan mingguan berikutan pelabur memilih aset selamat termasuk dolar AS di tengah-tengah isyarat oleh Bank Pusat Eropah (ECB) untuk menaikkan kadar faedah bulan depan, kata seorang penganalisis.

Keputusan ECB untuk menaikkan kadar faedah, iaitu yang pertama sejak 2011, adalah bagi menangani pertumbuhan ekonomi yang perlahan dalam blok ekonomi Eropah serta untuk meredakan inflasi yang melambung tinggi, tambahnya.

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan itu susut kepada 4.4000/4030 berbanding dolar AS 4.3920/3940 ketika ditutup pada Khamis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata keputusan ECB pada Khamis itu memberikan lebih banyak sokongan kepada dolar AS dan harga indeks pengguna AS bagi Mei juga dijangka kekal meningkat pada sekitar 8.3 peratus berdasarkan anggaran konsensus.

"Justeru itu, dolar AS akan kekal kukuh kerana Fed dijangka meneruskan kecenderungan mengetatkan dasar monetari yang agresif minggu depan," katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama yang lain.

Mata wang tempatan itu naik berbanding pound Britain kepada 5.4784/4822 daripada 5.4992/5017 ketika ditutup pada Khamis dan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.1856/1880 daripada 3.1939/1956 semalam.

Ia menokok berbanding yen Jepun kepada 3.2870/2895 daripada 3.2896/2914 dan naik berbanding euro kepada 4.6618/6650 daripada 4.7060/7082.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini