Matawang Terkuat di Dunia - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Matawang Terkuat di Dunia


Kami telahpun memberitahu anda berkenaan 10 MataWang Paling Bernilai di Dunia untuk Didagangkan. Namun, pernahkah anda terfikir matawang manakah yang terkuat di dunia? Adakah dolar AS, euro, atau pound Britain? Tidak. Ia merupakan matawang paling popular, paling banyak didagangkan, dan matawang yang digunakan secara meluas. Sesetengah matawang lain lebih hebat daripada tiga matawang tersebut. Anehnya, walaupun menjadi matawang yang paling banyak didagangkan, dolar AS tidak berada di tengah-tengah senarai 10 teratas.

Jadi, bagaimanakah untuk menentukan sesebuah matawang itu mempunyai nilai? Kekuatan sesebuah matawang diukur daripada pelbagai faktor, seperti kadar matawang, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita yang nominal, kadar inflasi, dan lain-lain isu berkenaan ekonomi dan politik.

Untuk menentukan matawang tertinggi di dunia, kami membandingkannya dengan dolar AS sebagai mata wang asas. Itulah sebabnya matawang yang paling bernilai adalah yang paling mahal berbanding USD.

Matawang terkuat di dunia

Berikut ialah senarai matawang tertinggi di dunia:

#

Matawang

Kadar USD

Kod

1

Dinar Kuwait

3.26 USD

KWD

2

Dinar Bahrain

2.65 USD

BHD

3

Rial Oman

2.60 USD

OMR

4

Dinar Jordan

1.41 USD

JOD

5

Dolar Kepulauan Cayman

1.21 USD

KYD

6

Pound Sterling Britain

1.21 USD

GBP

7

Franc Switzerland

1.04 USD

CHF

8

Euro Eropah

1.02 USD

EUR

9

Dolar AS

1 USD

USD

10

Dolar Kanada

0.78 USD

CAD

*Data adalah data terkini sehingga 29 Julai 2022.



Dinar Kuwait

Negara pengeluar: Kuwait

Kod matawang: KWD

Kadar pertukaran: 1 KWD = 3.26 USD

Dinar Kuwait adalah matawang rasmi Kuwait dan ia merupakan matawang paling berharga di dunia.

Kuwait adalah negara kecil yang terletak di antara Arab Saudi dan Iraq. Memiliki rizab minyak yang besar dan eksport minyak yang signifikan ke pasaran global, Kuwait adalah salah satu negara terkaya di dunia. Selain dari itu, Kuwait adalah sebuah negara bebas cukai dan mempunyai kadar pengangguran yang sangat rendah.

Sebelum ini, dinar Kuwait ditambat kepada dolar AS. Pada tahun 2007, kerajaan memutuskan untuk menambat Dinar Kuwait kepada bakul matawang.


Fakta menarik:

Terdapat matawang yang boleh dianggap lebih berharga daripada dinar Kuwait sekiranya ia diiktiraf secara rasmi. Ia adalah Seborgan luigino (SPL). Ia digunakan dalam kerajaan kecil Seborga, di sempadan Itali dan Perancis. Seborgan luigino diiktiraf oleh bank-bank wilayah tetapi ia tidak mempunyai nilai di luar Seborga. Jadi, kadar tempatan 1 SPL ialah 6 USD.



Dinar Bahrain

Negara pengeluar: Bahrain

Kod matawang: BHD

Kadar pertukaran: 1 BHD = 2.65 USD

Dinar Bahrain adalah matawang rasmi Bahrain, sebuah lagi negara yang terkenal dengan eksport minyak yang lebih besar dari saiznya.

Kerajaan Bahrain ialah sebuah negara pulau di Teluk Parsi. Kekayaan negara ini datang daripada industri minyak dan gas, yang menyokong lebih daripada 85% pendapatan kerajaan.

Dinar Bahrain diperkenalkan pada tahun 1965 untuk menggantikan Rupee Teluk. Kini, ia ditambat kepada dolar AS bagi menggalakkan pelaburan asing.



Rial Oman

Negara pengeluar: Oman

Kod matawang: OMR

Kadar pertukaran: 1 OMR = 2.60 USD

Rial Oman pertama kali diperkenalkan pada tahun 1970 sebagai matawang rasmi Oman dan sejak tiu ia telah ditambat kepada dolar AS.  

Terletak di Semenanjung Arab, Kesultanan Oman mempunyai ekonomi yang kukuh kerana eksport minyak ke pelbagai negara di seluruh dunia. Selain dari itu, pendapatan negara tersebut juga datang dari pelancongan dan pertanian.



Dinar Jordan

Negara pengeluar: Jordan

Kod matawang: JOD

Kadar pertukaran: 1 JOD = 1.41 USD

Dinar Jordan telah menjadi matawang rasmi Jordan sejak tahun 1950.

Tidak seperti negara-negara lain yang disebutkan di atas, Jordan tidak mempunyai minyak. Namun, dinar Jordan kukuh disebabkan oleh kepelbagaian ekonomi negara itu — daripada perdagangan dan kewangan kepada pembuatan dan perlombongan.

Dinar Jordan ditambat kepada dolar AS.



Dolar Kepulauan Cayman

Negara pengeluar: Kepulauan Cayman

Kod matawang: KYD

Kadar pertukaran: 1 KYD = 1.21 USD

Dolar Kepulauan Cayman adalah matawang rasmi Kepulauan Cayman.

Kepulauan Cayman dikenali sebagai ‘syurga cukai’ kerana ia menawarkan perkhidmatan bank luar pesisir untuk syarikat kewangan dan individu yang kaya.

Dolar Kepulauan Cayman telah diperkenalkan pada tahun 1970 dan ditambat kepada dolar AS pada kadar tetap. 



Pound Sterling

Negara pengeluar: United Kingdom

Kod matawang: GBP

Kadar pertukaran: 1 GBP = 1.21 USD

Paun sterling adalah mata wang rasmi United Kingdom, Tanggungan Mahkota UK dan Wilayah Luar Negara British. Ia merupakan matawang tertinggi yang bukan berada di Timur Tengah.

Ia bukan sahaja matawang tertua tetapi antara yang paling berpengaruh dalam perdagangan dan kewangan global. Ia merupakan sebahagian daripada bakul Hak Pengeluaran Khas IMF.



Franc Switzerland

Negara pengeluar: Switzerland

Kod matawang: CHF

Kadar pertukaran: 1 CHF = 1.04 USD

Franc Swiss adalah matawang rasmi Switzerland dan Liechtenstein, negara terkaya di dunia.

Franc Switzerland dikenali sebagai matawang ‘safe haven’ kerana ekonomi negara tersebut yang stabil, dasar monetari yang paling ketat, dan paras hutang yang paling rendah.

Diperkenalkan pada tahun 1850, wang kertas Switzerland adalah satu-satunya wang kertas di dunia dengan rupa menegak.




Euro

Negara pengeluar: Zon Eropah

Kod matawang: EUR

Kadar pertukaran: 1 EUR = 1.02 USD

Euro merupakan matawang rasmi 19 negara Eropah. Sebagai matawang termuda, euro ialah mata wang ke-2 paling banyak digunakan di seluruh dunia, dalam rizab dan edaran.

Euro tidak ditambat kepada mana-mana matawang lain, tetapi terdapat kira-kira 25 negara yang telah menambat mata wang negara mereka kepada euro.




Dolar AS

Negara pengeluar: Amerika Syarikat

Kod matawang: USD

Kadar pertukaran: 1 USD

Dolar AS adalah matawang rasmi Amerika Syarikat dan wilayahnya. Dolar AS mula diperkenalkan pada tahun 1972 dan telah menjadi matawang paling banyak digunakan dan didagangkan di dunia. Dolar AS mempunyai nama ‘Matawang Rizab Dunia.’


Fakta menarik:

Daripada semua edaran USD, hanya 30% berada di dalam AS, yang bermaksud bahawa 70% daripada semua wang kertas dan syiling USD digunakan di luar Amerika Syarikat.




Dolar Kanada

Negara pengeluar: Kanada

Kod matawang: CAD

Kadar pertukaran: 1 CAD = 0.78 USD

Dolar Kanada adalah matawang rasmi Kanada. Memandangkan Kanada berhubung ke AS melalui perdagangan, dolar Kanada turun naik dengan ketara berdasarkan nilai berterusan dolar AS.

Dolar Kanada dianggap kukuh kerana Kanada ialah pengeluar uranium dan minyak mentah kedua terbesar dunia. Justeru, nilai dolar Kanada bergantung kepada naik turun harga minyak global.

Disebabkan kestabilan politik negara tersebut, dolar Kanada menyumbang 5% daripada urusniaga harian pasaran Forex.


Fakta menarik:

Rial Iran (IRR) merupakan matawang paling kurang bernilai di dunia. Iran pernah menjadi pengeksport minyak utama, tetapi disebabkan sekatan dari Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah, akses Iran kepada pasaran dunia telah dilucutkan. Justeru, ekonomi Iran, termasuk rial Iran, mengalami kejatuhan. Pada hari ini, 1 IRR bersamaan dengan 0.00002363 USD.


Kata-kata Akhir

Peristiwa politik dan perkembangan lain membawa perubahan mendadak kepada ekonomi sesebuah negara. Itulah sebabnya senarai khas kedudukan matawang tertinggi mungkin juga akan mengalami perubahan. Naik turun harga pada matawang akan memberikan manfaat kepada para pedagang. Anda tidak akan terlepas walaupun perubahan harga yang kecil apabila anda berdagang dengan FBS.  

FBS menyediakan lebih daripada 30 pasangan matawang untuk didagangkan oleh pelangganya, termasuklah matawang terkuat. Semua mata wang, pelbagai pasangannya dan syarat dagangan boleh didapati di laman web, cth., Spesifikasi kontrak EURUSD, spesifikasi kontrak GBPCHF, dsb.

Sekiranya anda seorang pemula dan tahu sedikit tentang perdagangan Forex, FBS telah menyediakan Akaun Demo perdagangan Forex. Ini akan membantu anda untuk belajar berdagang pada pasaran sebenar dengan menggunakan wang maya. Jadi, anda tidak mengalami apa-apa kerugian.


Soalan Lazim

Matawang manakah yang paling kuat di dunia?

Dinar Kuwait (KWD) ialah mata wang paling bernilai di dunia kerana ekonomi negara itu yang kukuh. 1 KWD = $3.26.

Matawang manakah yang paling banyak didagangkan dan digunakan di dunia?

Dolar AS adalah matawang yang paling banyak didagangkan dan digunakan di dunia. Lebih daripada 70% wang kertas AS digunakan di luar AS. Dolar AS juga merupakan mata wang rizab bagi kebanyakan negara.

Matawang manakah yang paling stabil di dunia?

Franc Switzerland merupakan matawang paling stabil di dunia. Switzerland mempunyai paras hutang yang paling rendah dan dasar monetari yang kukuh, yang menjadikan ekonomi negara itu amat kukuh. Oleh disebabkan semua faktor ini, CHF sering dipanggil matawang ‘safe haven’. 1 CHF = 1.04 USD.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini