Nilai ringgit kini paling rendah sejak Januari 2017 - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Nilai ringgit kini paling rendah sejak Januari 2017

 


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup pada paras terendahnya sejak awal Januari 2017 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila sentimen enggan mengambil risiko meningkat selepas mesyuarat Rizab Persekutuan (Fed) AS pada Julai menunjukkan bahawa trend kadar faedah yang lebih tinggi akan berterusan.

Menurut Fed inflasi kekal tinggi di sebalik kenaikan kadar yang agresif, menguatkan lagi hasratnya untuk terus menaikkan kadar faedah bagi menangani peningkatan inflasi.

Ini menjadikan unit negara maju lebih kukuh, meningkatkan Indeks Dolar AS sebanyak 106.736 mata.

Data terkini itu turut menunjukkan isyarat kepada aktiviti ekonomi yang perlahan dengan mata wang selamat diunjurkan kekal menerima permintaan.

Malah, pelabur akan memantau rapat simposium Jackson Hole yang akan diadakan pada minggu depan untuk mendapat petunjuk selanjutnya.

Pada 6 petang, mata wang tempatan merosot kepada 4.4720/4750 berbanding dolar AS daripada 4.4660/4685 sewaktu ditutup pada Rabu, manakala ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.2371/2397 daripada 3.2315/2338 semasa ditutup pada Rabu dan merosot berbanding euro kepada 4.5471/5502 daripada 4.5455/5480 sebelum ini.

Unit tempatan menokok berbanding yen Jepun kepada 3.3077/3102 daripada 3.3126/3147 semalam dan naik berbanding pound Britain kepada 5.3959/3995 daripada 5.4048/4078.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini