9 Tip Intraday Percuma untuk Para Pedagang - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

9 Tip Intraday Percuma untuk Para Pedagang



Perdagangan intraday, juga dikenali sebagai perdagangan harian, ialah berkenaan pembelian dan penjualan aset pada hari yang sama.

Dalam kata lain, sekiranya anda melakukan pesanan intraday jual atau beli, anda mengambil kesempatan terhadap pergerakan harga pada hari perdagangan tersebut dan anda akan menutup posisi anda sebelum berakhirnya waktu pasaran. Pedagang harian mensasarkan untuk mengaut keuntungan pantas untuk jangka pendek.

Untuk berjaya, anda perlu mempunyai strategi perdagangan intraday yang bagus.

Kami sertakan beberapa tip, yang akan membantu anda untuk menjadi pedagang intraday yang berjaya:

1. Pilih aset yang tepat

Pedagang intraday kebiasaanya memilih aset bergantung kepada kemeruapannya. Secara amnya, lebih baik untuk memilih aset dengan kemeruapan yang tinggi kerana ia memberikan lebih peluang untuk mengaut keuntungan.

Untuk memilih aset yang mungkin mengalami kenaikan kemeruapan pasa masa akan datang, pedagang harus menggunakan kalendar ekonomi kerana harga biasanya akan turun naik semasa acara utama.

Perkakas ini juga akan membantu melihat sentimen pasaran, yang akan membantu pedagang untuk meramal trend.

Selepas pedagang memilih aset, beliau harus membuat analisis teknikal, menentukan trend, mencari poin masuk yang terbaik, menetapkan sasaran keuntungan dan Renti Rugi.

Faedah menjadi pedagang harian ialah anda boleh memilih daripada pelbagai rangka masa yang berbeza, bergantung pada kecairan pasaran pilihan anda, jumlah masa yang anda perlukan untuk dagangan anda, dan strategi perdagangan pilihan anda.

2. Jangan ubah harga masuk dan keluar

Pernahkah anda menyesali keputusan yang anda buat serta-merta selepas melaksanakannya?

Kadangkala pedagang mula berfikir panjang dan mula meragui keputusan mereka. Mereka merasakan bahawa poin masuk tidak sebagus yang beliau percaya apabila melakukan urusniaga.

Untuk mengelak daripada melakukan kesilapan sedemikian, seorang pedagang mesti membuat keputusan tentang poin masuk dan tahap Ambilan Untung sebelum memasuki pasaran.

Adalah lebih baik untuk merancang perdagangan anda tanpa membiarkan emosi anda menentukan keputusan anda.

3. Tetapkan Renti Rugi

Apabila anda membuka urusniaga, harga boleh menuju ke mana-mana sahaja.

Oleh itu, seorang pedagang harus memutuskan berapa banyak kerugian yang beliau sedia tanggung sekiranya dagangan itu bertentangan dengan sasaran.

Terdapat beberapa cara untuk menetapkan Renti Rugi. Kaedah yang paling popular adalah menetapkan Renti Rugi di paras penting di belakang poin masuk dan mengira nisbah risiko ganjaran.

4. Ambil keuntungan apabila harga mencapai sasaran

Sifat tamak adalah musuh setiap pedagang harian kerana harga boleh berubah dalam masa beberapa minit sahaja dan pasaran akan bertukar arah, terutamanya jika ia terlalu meruap.

Rahsia untuk perdagangan intraday yang berjaya adalah leveraj yang tinggi yang mana akan membantu untuk meningkatkan keuntungan (dan juga kerugian). Namun, petuanya adalah melawan sifat tamak apabila harga telah mencapai sasaran. Jangan tunggu untuk harga pergi lebih jauh sekiranya ia telah mencapai sasaran.

Terdapat dua pilihan untuk pedagang sekiranya beliau yakin harga akan meneruskan momentumnya:

bahagikan posisi dagangan dan tetapkan beberapa sasaran;

rentetkan paras Renti Rugi mengikut harga semasa sekiranya harga bergerak mengikut arah yang dimahukan pedagang tersebut.

5. Tutup pesanan pada penghujung hari

Jika pedagang membuka pesanan untuk perdagangan harian berdasarkan trend pasaran hari tersebut dan juga analisis teknikal, ia mungkin satu idea yang kurang baik untuk menyimpan urusniaga ini semalaman. Hari baru mungkin bermula dengan berita baharu, yang mungkin menyongsangkan trend sedia ada.

Berita tidak akan menjejaskan waktu pasca pasaran pedagang intraday kerana mereka mungkin telah menutup posisi mereka. Ia membantu mereka menghapuskan risiko kehilangan modal semalaman.

6. Jangan berdagang melawan pasaran

Trend adalah rakan kepada pedagang.

Jangan berkahwin dengan analisis anda. Naik turun adalah sifat semulajadi semua pasaran. Jika pasaran tidak menyokong analisis anda, jual dan keluar dari posisi anda sebaik sahaja ia mencapai paras Renti Rugi anda. Bergantung dengan harapan bahawa pasaran akan bertindak seperti yang anda ramalkan boleh meningkatkan kerugian anda.

7. Timing adalah mustahak

Keuntungan perdagangan intraday banyak bergantung kepada faktor masa. Salah satu tip perdagangan intrday terbaik ialah jangan membuat pesanan dalam jam pertama perdagangan untuk hari tersebut. Kemeruapan adalah tinggi pada waktu ini, yang akan mengakibatkan huru-hara dan bunyi bising pada jam pertama waktu pasaran. Ramai pakar memilih untuk menghentikan dagangan sejam sebelum sesi dagangan AS dibuka dan mula berdagang sejam selepas ia bermula.


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini