Mustahil anda belum pernah dengar tentang NFT. Artis-artis menjual lukisan mereka dalam format NFT, pemuzik mengeluarkan album NFT, dan bahkan karya Banksy "Morons (White)" telah menjadi aset maya. Ia ibarat syurga untuk penggemar seni digital dan mereka yang suka memiliki aset unik.
Tidak hairanlah, populariti NFT semakin berkembang. Tapi selain daripada NFT sendiri, ada apa yang disebut sebagai koin NFT. Mari kita fikirkan apakah ia dan koin manakah yang lebih baik untuk pelaburan anda.
Bagaimana NFT berfungsi?
Token diperlukan untuk setiap entri di dalam blockchain. Dalam blockchain terbuka, semua token adalah sama antara satu sama lain dan boleh saling ditukar ganti. Ini bermakna anda boleh menggantikan satu token dengan token yang lain, dan tiada apa yang akan berubah. Walau bagaimanapun, teknologi token tidak sepiawai (non-fungible token) berfungsi dengan cara yang berbeza. Setiap token yang tidak boleh ditukar ganti (non-interchangeable) adalah unik dan tidak boleh dipalsukan, dipecah, atau diganti tanpa dikesan.
Teknologi sedemikian sesuai untuk menjamin hak anda ke atas mana-mana objek unik, sama ada karya seni dalam satu salinan, suatu objek dalam permainan komputer, atau malah hartanah.
Apabila pengguna membeli token NFT, mereka memperoleh sijil untuk karya tersebut. Pada masa yang sama, karya itu sendiri tidak bergerak ke mana-mana. Ia terletak di storan kekal yang dipanggil IPFS, InterPlanetary File System. Sijil ini adalah baris-baris kod yang mengesahkan bahawa pemilik token tersebut adalah pemilik salinan asal objek. Token NFT boleh diibaratkan seperti lukisan yang mungkin dimiliki oleh sebuah galeri, muzium, atau orang persendirian, tetapi penonton boleh melihatnya dalam katalog atau di pameran.
Malah anda juga boleh mencipta token NFT anda sendiri. Proses ini dipanggil penempaan (minting). Untuk melakukannya, anda perlu mengambil suatu objek digital (gambar, runut lagu, gambar, dll.), daftarkannya di pasaran (contohnya, di Rarible atau OpenSea), dan memuat naik objek tersebut bersekali dengan keterangan dan harganya. Kebanyakan perkhidmatan mengenakan bayaran komisen untuk mencipta token unik.
Apa itu koin NFT?
Koin kripto nft adalah aset maya yang dicipta berdasarkan platform yang sedia ada (tidak berkaitan dengan platform perdagangan). Ia digunakan untuk membeli NFT di dalam sistem itu sendiri. Agar ia lebih mudah difahami, mari kita buat analogi dengan sijil hadiah (gift certificate) yang boleh digunakan di kedai. Anda tidak boleh masuk ke dalam wayang gambar dengan sijil ini, contohnya. Kerana ia direka untuk tempat dan tujuan tertentu — membeli barang di kedai tertentu. Begitu juga dengan token yang digunakan untuk NFT tertentu.
Sebagai contoh, untuk membeli NFT di pasaran OpenSea yang berasaskan Ethereum, anda akan memerlukan kripto koin NFT jenis ETH. Untuk membeli di Decentraland, anda memerlukan koin MANA.
Adakah koin NFT berbeza daripada NFT?
Ya, koin NFT tidak sama dengan NFT. Yang paling penting di sini ialah jangan terkeliru.
Koin NFT berbeza daripada NFT itu sendiri lantaran kerana sifatnya yang tidak sepiawai. Seperti yang disebutkan di atas, NFT mencerminkan pemilikan suatu aset yang unik. Walau bagaimanapun, kripto koin NFT boleh ditukar dengan koin NFT lain dengan nilai yang sama, dan ekonomi projek NFT tertentu bergantung padanya. Dari segi ini, koin NFT secara dasarnya lebih mirip dengan matawang kripto dan ia boleh didagangkan atau dilaburkan.
NFT dan matawang kripto: apakah perbezaannya?
Di satu sisi lain, adalah penting untuk tidak terkeliru antara NFT dan matawang kripto.
Terdapat perbezaan yang besar antara NFT dan matawang kripto, dan perbezaan yang paling utama adalah sifat tidak sepiawainya. Blockchain terbuka, seperti yang digunakan dalam NFT, mempunyai token-token yang mewakili rekod-rekod di dalam blockchain. Walau bagaimanapun, jika semua token boleh saling digantikan antara satu sama lain dalam blockchain terbuka, dan satu bitcoin pengguna adalah sama dengan bitcoin pengguna lain, maka dalam kerangka kerja teknologi NFT, token tidak mempunyai sifat tidak sepiawai. Dalam kes ini, setiap token yang tidak sepiawai tidak boleh ditukar dengan token lain atau disalin, dibahagikan, atau diganti.
Jika anda berminat dalam perdagangan pasangan matawang kripto atau cara-cara berdagang kripto secara umum, anda boleh membuka akaun perdagangan kripto di FBS.
Token NFT terbaik tahun 2022
Jika anda berminat untuk berdagang atau melabur dalam kripto koin NFT, berikut adalah senarai token NFT terbaik yang perlu anda berikan perhatian terlebih dahulu.
Decentraland adalah dunia maya dan komuniti yang berasaskan teknologi blockchain. Di sini, pengguna mencipta tanah, hartanah, dan avatar NFT, memiliki dan menjualnya, dan mengambil bahagian dalam organisasi autonomi terdesentralisasi (DAO) platform tersebut.
MANA, matawang kripto Decentraland, dan semua aset dalam permainan tersebut beroperasi di blockchain Ethereum.
Statistik Decentraland:
Permodalan pasaran: $1,222,253,164
Permodalan pasaran yang dicairkan sepenuhnya: $1,445,249,778
Volum / Permodalan pasaran: 0.09016
Bekalan dalam edaran: 1.86B MANA
*Semua data adalah terkini setakat Oktober 2022.
Ciri-ciri Decentraland:
Asas Decentraland adalah matawang kripto MANA, yang boleh digunakan untuk membeli lot-lot tanah.
Pemain berpeluang untuk menjual dan menjual semula (sell and resell) tanah untuk mendapatkan wang.
Anda boleh menerima pendapatan pasif daripada pajakan tanah tersebut.
Anda boleh membina sebarang objek mengikut imaginasi anda dan meletakkan sepanduk pengiklanan atau bilik pameran untuk suatu produk.
Oleh kerana Decentraland bersambung terus ke NFT, anda boleh bekerjasama dengan artis digital, contohnya, untuk membuka galeri dengan lukisan NFT.
Pemain bukan sahaja boleh menyewa tanah atau terlibat dalam pembinaan tetapi juga menganjurkan seminar, berjudi, atau membuka ruang sembang.
Orica direka untuk pengguna matawang kripto pemula. Ia dicipta untuk mereka yang menghargai kreativiti dan mencari seni yang hebat.
Orica menyasarkan untuk merevolusikan ekosistem NFT dengan memastikan idea-idea yang kecil sekali pun boleh diiktiraf oleh ramai orang, dan setiap orang yang mengambil bahagian akan menerima royalti daripada NFT ini. Orica adalah pasaran pertama yang menetapkan matlamat seperti sedemikian.
Statistik Orica:
Permodalan pasaran: $16,004
Permodalan pasaran yang dicairkan sepenuhnya: $16,004
Bekalan dalam edaran: 83,999,900.00 ORI
*Semua data adalah terkini setakat Oktober 2022.
Ciri-ciri Orica:
Orica adalah pasaran NFT yang membolehkan setiap artis membayar komisen untuk penempaan (minting) selepas membuat jualan.
Ini adalah pasaran yang menerapkan pengesahan Bukti Seni (PoA, Proof of Art) untuk melindungi pengumpul (collector) daripada membeli karya yang dicuri.
Dengan cadangan awal NFT (initial NFT proposal), mana-mana artis boleh mengumpul dana yang diperlukan sebelum mula mencipta karya mereka.
Sandbox Game adalah permainan dalam talian berbilang pemain yang menggunakan teknologi blockchain dengan unsur kewangan terdesentralisasi (DeFi) dan token tidak sepiawai (NFT). Sandbox adalah permainan metaverse di mana pemain boleh membeli dan menjual tanah, mencipta dan menjual aset mereka – token NFT, dan mengambil bahagian dalam pengurusan projek, menentukan hala tuju pembangunan selanjutnya.
Statistik Sandbox:
Permodalan pasaran: $1,186,583,423
Permodalan pasaran yang dicairkan sepenuhnya: $2,374,005,490
Volum / Permodalan pasaran: 0.1267
Bekalan dalam edaran: 1.50B SAND
*Semua data adalah terkini setakat Oktober 2022.
Ciri-ciri The Sandbox:
Ekosistem projek The Sandbox berlandaskan pada tiga produk: VoxEdit, Marketplace, dan Game Maker.
VoxEdit ialah perisian untuk mencipta dan menganimasikan objek dari piksel kubik 3D.
Marketplace adalah platform untuk membeli dan menjual aset dalam permainan.
Game Maker adalah perisian untuk mencipta senario permainan yang dihoskan di tanah projek.