Gambar dan Video : PROMOSI MOTOGP MERDEKA - Satu kejayaan yang membanggakan! - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Gambar dan Video : PROMOSI MOTOGP MERDEKA - Satu kejayaan yang membanggakan!


PROMOSI MOTOGP MERDEKA yang berlangsung dari 2 Ogos hingga 31 Ogos 2022, telah diakhiri dengan pemberian layanan VIP kepada 15 pemenang bertuah di Moto GP Malaysia. Satu pengalaman yang luar biasa!

Pada 23 Oktober lalu, kami telah mengalu-alukan para pemenang ke reruai korporat kami di Litar Antarabangsa Sepang, Selangor.

Sejarah baharu tercipta apabila Malaysia kembali menganjurkan acara sukan permotoran besar selepas tempoh tiga tahun. Kami berkesempatan untuk menonton aksi perlumbaan yang begitu sengit dan menyokong pelumba dari ruang sudut pandang yang menakjubkan di litar, sambil menikmati layanan korporat sepenuhnya.

Selain perlumbaan dan hiburan lain, hadiah menarik yang dimenangi oleh 3 pemenang teratas: Ducati Panigale 959 (pemenang pertama), dan dua Honda Alpha 110 (pemenang kedua & ketiga) telah menjadi topik perbualan utama pada hari tersebut. Tiada tempat yang lebih baik untuk para pemenang membincangkan kelebihan motosikal baharu mereka, jika turut diberi kesempatan untuk berlumba di atas litar!

Nantikan perkembangan terkini mengenai acara istimewa yang akan datang, promosi menarik dan peluang untuk menjadi pemenang kami yang seterusnya!













































































Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini