WAKTU TERBAIK UNTUK BERDAGANG EMAS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

WAKTU TERBAIK UNTUK BERDAGANG EMAS


Emas sudah didagangkan sejak beribu-ribu tahun sehinggalah sekarang. Dan walaupun peranan utama mata wang fiat sebagai medium pertukaran, ia tidak kehilangan popularitinya baik sebagai aset ‘safe haven’ atau sebagai instrumen perdagangan. Sama ada anda mempertimbangkan untuk memulakan perdagangan dengan logam berharga ini atau hanya mencari jalan untuk meningkatkan keuntungan menggunakannya, baca beberapa cadangan tentang waktu terbaik untuk berdagang emas.

Perkara-perkara utama

XAU/USD adalah instrumen perdagangan yang sangat popular.

Sama seperti pasangan mata wang, XAU/USD boleh didagangkan pada bila-bila masa pada hari bekerja.

Emas mempunyai korelasi negatif dengan dolar, dan XAU/USD sangat dipengaruhi oleh berita.

Waktu perdagangan yang paling aktif untuk XAU/USD adalah sama dengan sesi perdagangan di Amerika.

Banyak peluang yang menguntungkan muncul kerana berdagang XAU/USD berdasarkan berita ekonomi, seperti indeks harga pengguna (CPI), gaji bukan pertanian (NFP) , mesyuarat FOMC, dan lain-lain.

Cara Berdagang Emas dalam Forex

Emas boleh didagangkan dalam pelbagai cara, dari kontrak pasaran hadapan sehingga CFD. Satu cara yang paling popular untuk berdagang emas adalah perdagangan forex, di mana logam berharga dianggap sebagai mata wang (XAU) dan didagangkan secara pasangan dengan mata wang fiat. Mata wang fiat yang paling popular adalah USD. Dengan menukar dolar Amerika kepada emas, pedagang mempertaruhkan bahawa logam berharga akan naik harganya dan memperoleh keuntungan dari perbezaan harga apabila menjual XAU/USD semula dengan harga yang tinggi. Leveraj tinggi yang ditawarkan oleh broker FX membolehkan pedagang memperolehi pulangan yang lumayan walaupun dengan sejumlah kecil wang yang dilaburkan.

Waktu Perdagangan Emas Forex

Pasaran forex di mana XAU/USD didagangkan dibuka dari hari Isnin hingga Jumaat, 24 jam sehari. Ini membolehkan mereka yang mahu berdagang pasangan ini membuka komputer riba pada bila-bila masa semasa hari bekerja dan membuat pesanan. Walau bagaimanapun, bukan setiap masa menguntungkan untuk berdagang. Apa sahaja instrumen yang anda dagangkan, membuat perdagangan ketika waktu pasaran paling aktif adalah yang terbaik, ketika ahli terbesar pasaran banyak berdagang aset ini. Waktu XAU/USD didagangkan dengan kadar volum yang tinggi adalah waktu terbaik untuk memasuki pasaran disebabkan peningkatan ketidakstabilan, kecairan yang tinggi, dan kesannya, spread yang kecil.

Cara Memilih Masa untuk Berdagang Emas

Perdagangan XAU/USD yang paling aktif berlaku ketika sesi perdagangan Amerika Utara (3 ptg – 11:00 mlm GMT+3). Aktiviti yang sedikit berkurangan dilihat ketika sesi Eropah (10:00 pg – 6:00 ptg GMT+3). Anda boleh dapatkan jadual anggaran untuk kedua-dua sesi ini mengikut zon waktu masing-masing dalam jadual di bawah.

Negara Sesi New York Sesi London
Malaysia (GMT+8) 8:00 mlm – 4:00 pg 3:00 ptg – 11:00 mlm
Indonesia (GMT+7) 7:00 mlm – 3:00 pg 2:00 ptg – 10:00 mlm
Afrika Selatan (GMT+2) 2:00 ptg – 10:00 mlm 9:00 pg – 5:00 mlm
Argentina, Brazil (GMT-3) 9:00 pg – 5:00 ptg 4:00 pg – 12:00 tghari
Tanpa mengira perkara yang dikatakan di atas, lonjakan aktiviti perdagangan dan peluang yang menguntungkan kadangkala berlaku di luar jadual. Apa yang benar-benar boleh mencetuskan aktiviti di pasaran adalah berita-berita penting. Dan ini adalah salah satu sebab emas popular khususnya di kalangan pedagang yang dipanggil pedagang berita.

Volum perdagangan melonjak pada carta XAU/USD


Berdagang Emas mengikut Berita

Sudah tentu harga emas ditentukan oleh nisbah bekalan/permintaan. Inilah sebabnya ia menarik untuk anda memantau saham syarikat perlombongan emas, serta permintaan industri dan komersial. Tetapi ia bukanlah gambaran penuh. Seperti pasangan lain, XAU/USD terdedah kepada berita. Segalanya dari pilihan raya sehingga konflik bersenjata membantu dalam mendorong harga emas atau sebaliknya. Memahami kesan sesuatu peristiwa tertentu terhadap harga logam adalah bermanfaat kepada pedagang.

Memandangkan emas mempunyai korelasi negatif dengan dolar Amerika, secara dasarnya setiap berita ekonomi yang dikeluarkan yang boleh mencetuskan perubahan dalam harga USD mesti dipantau secara ketat oleh pedagang XAU/USD. Jika anda tidak mahu terlepas lonjakan harga emas, anda seharusnya mengikuti peristiwa-peristiwa ini:

Laporan Inflasi
Inflasi yang tinggi selari dengan kenaikan harga emas. Bukti paling jelas tentang korelasi positif antara inflasi dan harga emas terjadi pada penghujung tahun 1970-an dan awal tahun 1980-an di AS apabila kadar inflasi tertinggi disaksikan.

Keputusan kadar faedah Fed
Harga emas cenderung untuk meningkat apabila kadar faedah menurun. Terdapat korelasi antara kadar faedah negatif dan harga emas. Sebelum ini, kadar faedah negatif di AS disertai oleh kenaikan harga emas yang mendadak.

Gaji bukan pertanian (NFP)
Ia telah terbukti yang statistik pekerjaan boleh menyebabkan pergerakan mendadak pada harga emas. Data pasaran pekerjaan yang baik menyokong dolar. Sebaliknya, laporan pekerjaan yang lemah akan merendahkan nilai dolar. Oleh kerana kejatuhan USD hampir selalu bermaksud peningkatan harga emas, statistik pekerjaan yang buruk bermaksud kenaikan harga emas.

Akhir Kata
Setelah sekian lama dianggap sebagai aset "safe haven", emas berfungsi sebagai lindung nilai terhadap banyak pergolakan yang mungkin ditanggung oleh mata wang fiat. Menjadi pasangan yang banyak didagangkan, XAU/USD mempunyai volum perdagangan dan kecairan yang mencukupi untuk menawarkan banyak peluang menguntungkan untuk kedudukan intrahari. Penting untuk membina jadual perdagangan yang baik untuk mereka yang berminat dengan perdagangan jangka pendek. Untuk mendapatkan yang terbaik dari XAU/USD, pedagang fokus kepada waktu perdagangan paling aktif yang dibuktikan dengan volum perdagangan yang tinggi. Waktu ketika emas didagangkan paling banyak adalah sekitar 3:00 petang – 11:00 malam (GMT+3).

Pedagang tidak seharusnya mengabaikan peristiwa-peristiwa yang dapat mencetuskan perubahan harga emas yang ketara. Peristiwa-peristiwa tertentu yang boleh memberi peluang tambahan untuk spekulasi keuntungan tinggi dalam pasaran termasuklah laporan inflasi, indeks harga pengguna (CPI), gaji bukan pertanian (NFP), mesyuarat FOMC, dan lain-lain.

Tentang JustMarkets
JustMarkets ialah broker dipercayai dunia yang menawarkan 180 instrumen dagangan yang popular. Dengan memiliki akaun dagangan di JustMarkets, anda mendapat manfaat daripada syarat dagangan yang berfaedah, termasuk leverage tinggi, spread rendah (dari 0.0 pip), serta deposit dan pengeluaran tanpa komisen. Dan jika anda mempunyai sebarang soalan, terdapat pasukan sokongan yang membantu yang bekerja sepanjang masa untuk memastikan anda mempunyai pengalaman perdagangan yang paling menyenangkan.

Cubalah perdagangan mata wang dengan membuka akaun demo di JustMarkets. Ia adalah cara pantas dan bebas risiko untuk mahir dalam perdagangan di pasaran kewangan yang paling tinggi kecairannya. Akaun latihan akan membantu anda untuk belajar asas perdagangan dan membangunkan strategi sebelum melaburkan wang. Mula berdagang hari ini untuk menjamin masa depan anda.

JustMarkets

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini