Ringgit teruskan kenaikan berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit teruskan kenaikan berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan momentum positif dengan dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, disokong jangkaan bahawa Rizab Persekutuan AS (Fed) akan menurunkan kenaikan kadar faedahnya, kata penganalisis.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4150/4200 berbanding dolar AS daripada 4.4180/4215 ketika ditutup pada Khamis.

Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes, berkata jangkaan itu didorong oleh data tuntutan pengangguran mingguan di AS yang lebih tinggi daripada jangkaan, yang menyebabkan saham tempatan dan semalaman AS didagangkan lebih tinggi memandangkan lantunan sentimen.

"Selain itu, kenaikan ringgit juga adalah berkemungkinan berikutan ketiadaan sebarang laporan negatif daripada tempatan, apabila pelancong China tiba selepas tiga tahun dikenakan sekatan perjalanan," katanya kepada Bernama.

Walaupun ia berubah positif berbanding dolar AS, namun ringgit didagangkan lebih rendah berbanding beberapa mata wang utama.

Unit tempatan susut berbanding yen Jepun kepada 3.3336/3379 daripada 3.3061/3090 ketika ditutup pada Khamis dan rendah berbanding euro kepada 4.7090/7144 daripada 4.7078/7116.

Ringgit turun berbanding pound British kepada 5.3258/3318 daripada 5.3255/3297 semalam dan lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.2864/2904 daripada 3.2770/2800.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini