Jika anda bercadang untuk berdagang sepenuh masa, anda mesti bersedia menghadapi banyak cabaran. Ramai pedagang tidak dapat menangani tekanan psikologi dan menjerumuskan diri mereka ke kancah kegagalan. Seperti mana-mana pekerjaan bebas atau keusahawanan, kesedaran diri adalah kunci kepada perdagangan yang berjaya. Bukan semua orang bersedia untuk bekerja secara bebas untuk diri sendiri. Dalam artikel ini, FBS berkongsi kelebihan dan kekurangan perdagangan sepenuh masa dan sambilan.
Adakah saya patut menjadi pedagang sepenuh masa atau sambilan?
Agak sukar untuk menjadi seorang pedagang sepenuh masa sekiranya anda tidak ada perancangan. Sebelum anda berhenti kerja dan menyelam lebih dalam ke dalam dunia poin dan strategi, analisis pendekatan semasa anda terhadap perdagangan dan semak prestasi perdagangan anda. FBS mengesyorkan agar anda memberi perhatian khusus kepada faktor-faktor keuntungan, drawdown dan pemulihan anda. Adakah anda cukup bagus untuk mempunyai faktor keuntungan yang stabil antara 1.75 dan 4? Bolehkah anda mengekalkan metrik drawdown anda pada tahap yang rendah? Jika anda menjawab "ya" untuk soalan-soalan ini, anda boleh menangani ketidakstabilan pendekatan perdagangan sepenuh masa.
Cara menangani situasi-situasi yang menstreskan dan merasionalkan keputusan-keputusan juga penting untuk pedagang sepenuh masa. Kejadian-kejadian yang tidak diingini dan kerugian tidak sepatutnya mematahkan semangat anda, dan anda mesti berpegang pada perancangan tersebut tidak kira apa pun.
Akhir sekali, pedagang sepenuh masa mesti mempunyai sumber kewangan sandaran yang mencukupi sekiranya mereka menghadapi kerugian-kerugian yang tidak dijangka. Jika anda berfikir tentang bagaimana menjadi pedagang sepenuh masa, ini adalah salah satu perkara yang paling penting.
Sebaliknya, jika anda merasakan yang anda memerlukan lebih banyak wang untuk berhenti kerja atau anda berasa tidak selesa kehilangan sumber pendapatan yang stabil, anda boleh pertimbangkan untuk berdagang secara sambilan. Cara ini yang menggabungkan kehidupan anda dan perdagangan juga merupakan sesuatu yang mencabar. Walau bagaimanapun, jika seorang pedagang sambilan belajar bagaimana untuk menyeimbangkan aktiviti-aktiviti hariannya, ia akan membawa hasil yang baik kepadanya.
Apakah itu perdagangan sepenuh masa dan sambilan?
Pertama, mari kita takrifkan perdagangan sepenuh masa dan sambilan.
Perdagangan sepenuh masa adalah satu sikap terhadap perdagangan sebagai sumber pendapatan utama. Sama seperti pekerjaan bebas, pedagang sepenuh masa tidak terikat dengan waktu kerja dan tugas-tugas yang ketat. Pada masa yang sama, mereka mestilah sistematik untuk membina sumber pendapatan yang stabil yang akan menampung perbelanjaan-perbelanjaan mereka.
Perdagangan sambilan ialah apabila seorang pedagang menggabungkan pekerjaan sepenuh masa dengan perdagangan, untuk menambah pendapatan mereka. Untuk berjaya dalam kombinasi ini, pedagang sambilan mestilah membina pelan yang berkesan dan mengikutinya.
Apakah kelebihan dan kekurangan utama kedua-dua pendekatan perdagangan ini? Mari kita bongkar.
Perdagangan sepenuh masa: kelebihan dan kekurangan
Perdagangan sepenuh masa mempunyai banyak faedah dan kekurangan.
Kebaikan
Kebebasan. Seorang pedagang sepenuh masa tidak perlu bangun awal, menyediakan laporan untuk bos mereka dan melakukan tugas-tugas yang tidak memuaskan hati mereka. Mereka boleh merancang jadual perdagangan mereka berdasarkan keperluan dan kebiasaan mereka. Rasa seperti bukan seorang pedagang hari ini? Dengan perdagangan sepenuh masa, anda boleh berehat dengan mudah. Walau bagaimanapun, berhati-hati dengan cuti tidak dirancang yang terlalu banyak, kerana anda mungkin akan kehilangan cengkaman anda.
Terdapat juga kes alternatif apabila anda memutuskan untuk menjadikan perdagangan sebagai kerjaya anda. Anda boleh membentuk laluan kerjaya yang ideal dengan menyertai syarikat besar dan menguasai kemahiran-kemahiran anda.
Kerja anda = minat anda. Bayangkan anda menumpukan sepenuh masa anda pada aktiviti yang anda suka. Tambahan lagi, ia mendatangkan wang untuk anda. Bukankah ia kehidupan yang diimpikan?
Peluang untuk menjadi yang terbaik. Dengan perdagangan sebagai pekerjaan sepenuh masa anda, anda boleh mempraktikkan kemahiran anda dan berlatih bersungguh-sungguh untuk menjadi penganalisis dan pedagang yang baik. Selepas itu, anda boleh menjadi seorang mentor dan juga membina komuniti perdagangan anda.
Keburukan
Tanggungjawab. Menjadi seorang pedagang menuntut anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk semua yang berlaku. Jika anda mengawal pemikiran dan tindakan anda, itu akan lebih membantu.
Pengurusan masa. Perdagangan memerlukan banyak masa untuk belajar dan menyelidik. Sebaik sahaja anda membuka posisi, anda akan membawa kerja bersama anda sepanjang hari, minggu, atau bulan.
Keuntungan anda bergantung pada diri anda sendiri. Anda boleh berehat seketika di tempat kerja biasa anda kerana anda tahu anda akan menerima sejumlah wang pada hujung bulan. Tetapi apabila perdagangan adalah pekerjaan bebas sepenuh masa anda, anda perlu menumpukan perhatian dan sentiasa maklum dengan perkembangan terkini.
Hadkan perhubungan sosial. Ini benar; perdagangan adalah perniagaan yang sunyi melainkan anda bekerja untuk syarikat atau mempunyai beberapa "rakan perdagangan."
Anda tidak memberikan impak kepada orang lain. Jika anda bekerja untuk diri sendiri sepanjang hari, ia tidak menjejaskan sesiapa atau apa-apa pun kecuali poket anda.
Perdagangan sambilan: kelebihan dan kekurangan
Sekarang, mari kita lihat kelebihan dan kekurangan berdagang sambilan.
Kebaikan
Anda tidak perlu berhenti dari pekerjaan sepenuh masa anda. Jika anda mempunyai sumber pendapatan yang stabil, anda tidak perlu menolaknya. Anda boleh gabungkan pekerjaan sepenuh masa anda dengan perdagangan dan mendapatkan keuntungan tambahan.
Anda boleh bermula dengan modal pelaburan yang kecil. Anda tidak perlu mencari rezeki daripada berdagang apabila anda melakukannya secara sambilan. Hasilnya, anda boleh berlatih lebih banyak dan mengasah kemahiran perdagangan anda dengan lebih gigih.
Peluang untuk menyimpan lebih banyak wang untuk masa depan yang lebih cerah. Jika anda tidak mempunyai gaji yang besar untuk memasukkan lebih banyak wang ke dalam akaun simpanan anda, perdagangan sambilan boleh membantu anda memperolehi pendapatan yang cukup dan mendekatkan anda kepada kestabilan dan kebebasan kewangan.
Keburukan
Pengurusan masa. Walaupun perdagangan sepenuh masa memerlukan jadual yang ketat untuk hasil yang berpanjangan, perdagangan sambilan memerlukan keseimbangan kerja/kehidupan yang baik. Jika pedagang tidak memilikinya, mereka akan menghadapi kesukaran untuk menggabungkan pekerjaan dan perdagangan.
Kurang tumpuan. Jika anda berdagang sambil bekerja sepenuh masa, anda hanya ada sedikit masa untuk menganalisis aset dan menguruskan urusniaga.
Masa yang terhad untuk berdagang. Berdagang sambil bekerja sepenuh masa menghadkan jumlah pilihan, kerana sesetengah aset menjadi tidak menentu hanya ketika sesi-sesi perdagangan tertentu.
Bilangan instrumen untuk berdagang yang terhad. Perdagangan sambilan lebih berkesan jika anda memberi tumpuan kepada kurang daripada tiga instrumen.
Strategi-strategi untuk perdagangan sambilan
Apakah strategi-strategi perdagangan sambilan yang boleh digunakan oleh para pedagang?
Strategi-strategi perdagangan swing. Tujuan utama strategi perdagangan swing adalah untuk membiarkan urusniaga kekal aktif selama dua hari atau lebih. Anda boleh mendapatkan contoh strategi sedemikian, yang menerapkan penggunaan purata bergerak dan MACD di laman web FBS.
Strategi perdagangan trend jangka panjang. Jika anda ingin berdagang secara sambilan, lihat trend jangka panjang yang stabil. Fokus pada aset-aset yang bergerak dalam trend ini dan teruskan dengannya. Berhati-hati dengan tanda-tanda pengunduran dan keluar dari perdagangan jika signal-signal awal muncul.
Berdagang dengan makluman (alerts). MetaTrader 4/5 membolehkan pedagang menetapkan pemakluman (alerts). Seorang pedagang boleh melakukannya dengan mudah dengan mencipta makluman baharu selepas mengklik bar makluman dalam tetingkap Toolbox, di MetaTrader. Di sini, mereka boleh memilih jenis harga: bida atau minta, volum, masa dan nilai. Dengan cara ini, pedagang boleh terus kekal maklum dengan sebarang perubahan pada carta.
Perdagangan automatik. Pedagang boleh menggunakan robot perdagangan untuk memaksimumkan keberhasilan mereka. Pengguna MetaTrader boleh menggunakan kuasa expert advisor – robot-robot perdagangan, yang membuka urusniaga berdasarkan algoritma yang telah ditetapkan atau strategi perdagangan. Dengan cara ini, seorang pedagang dapat menjimatkan banyak sumber. Walau bagaimanapun, mereka masih perlu menyemak prestasi robot tatkala berlaku perubahan keadaan di pasaran.
Perbezaan antara kerjaya perdagangan sepenuh masa dan kerjaya perdagangan sambilan
Selepas membaca kelebihan dan kekurangan perdagangan sepenuh masa dan sambilan, anda mungkin masih memerlukan penjelasan tentang pilihan yang terbaik.
Perdagangan sepenuh masa sesuai untuk mereka yang ingin menumpukan sepenuh masa mereka untuk berdagang. Mereka tidak takut menjadi pekerja bebas dan boleh membuat jadual tetap. Mereka juga sedia untuk jatuh dan bangun serta mempunyai dana kecemasan untuk membantu mereka menjalani hari-hari yang sukar.
Pedagang sambilan lebih fleksibel dan boleh menggabungkan aktiviti yang berbeza tanpa kehilangan minat atau semangat mereka. Mereka boleh melakukan tugas-tugas biasa dengan berkesan dan memantau carta selepas bekerja atau semasa makan tengah hari. Mereka benar-benar suka berdagang dan tidak berasa letih selepas menjalankan kewajipan mereka semasa bekerja sepenuh masa.
Kesimpulan
Kedua-dua perdagangan sambilan dan sepenuh masa memerlukan pendekatan tertentu kepada gaya hidup pedagang. Walaupun perdagangan sepenuh masa umpama mimpi bagi ramai rakan-rakan pedagang, ini adalah aktiviti kerja keras yang menuntut komitmen yang tinggi terhadap perdagangan dan jadual yang teratur. Perdagangan sambilan, sebaliknya, kurang memakan masa tetapi bergantung pada kemahiran perancangan anda.
Soalan-soalan lazim
Bolehkah anda berdagang secara sambilan?
Ya, perdagangan boleh dilakukan secara sambilan. Perdagangan intrahari melibatkan pembelian dan penjualan instrumen-instrumen kewangan, seperti saham, dalam hari yang sama. Ini mencabar dan memakan masa, tetapi ia boleh dilakukan secara sambilan jika individu tersebut boleh mendedikasikan beberapa jam setiap hari untuk berdagang. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk diingat bahawa perdagangan adalah berisiko. Adalah penting untuk mendidik diri sendiri secara menyeluruh tentang pasaran dan strategi sebelum cuba berdagang sambilan.
Berapakah pendapatan pedagang sambilan?
Sukar untuk menyatakan dengan tepat berapa banyak yang diperolehi oleh pedagang sambilan. Ia berbeza-beza bergantung pada beberapa faktor, seperti tahap pengalaman individu, pasaran yang mana mereka berdagang, dan jumlah masa dan usaha yang mereka luangkan dalam perdagangan mereka. Sesetengah pedagang separuh masa hanya mampu menjana sedikit pendapatan tambahan daripada perdagangan mereka, manakala yang lain mungkin boleh menjana pendapatan yang besar. Akhirnya, jumlah wang yang diperolehi oleh pedagang sambilan bergantung pada keupayaan mereka untuk menjana keuntungan melalui aktiviti perdagangan mereka secara konsisten.
Sambilan vs. sepenuh masa?
Sama ada seseorang individu meneruskan kerjaya perdagangan secara sambilan atau sepenuh masa bergantung pada beberapa faktor, seperti situasi mereka, matlamat kewangan dan tahap pengalaman. Kerjaya perdagangan sambilan mungkin pilihan yang baik untuk seseorang yang berminat untuk berdagang tetapi tidak dapat memberikan komitmen untuk jadual perdagangan sepenuh masa kerana kewajipan lain, seperti pekerjaan sepenuh masa atau tanggungjawab terhadap keluarga. Dalam kes ini, individu tersebut boleh berdagang secara tidak kerap, seperti pada waktu malam atau hujung minggu.
Sebaliknya, kerjaya perdagangan sepenuh masa mungkin merupakan pilihan yang baik untuk seseorang yang boleh menumpukan sebahagian besar masa dan usaha mereka untuk berdagang. Ini membolehkan individu tersebut melibatkan diri sepenuhnya dalam pasaran dan berpotensi menjana pendapatan besar daripada aktiviti perdagangan mereka.