Apakah itu pola segitiga?
Pola carta segitiga (triangle chart patterns) ialah pola pengukuhan yang melibatkan harga aset yang bergerak dalam julat yang semakin mengecil. Pola segitiga menggambarkan pertempuran antara pembeli dan penjual di pasaran. Walaupun terdapat pertempuran, pola segitiga secara amnya menandakan kesinambungan trend sebelumnya, jadi pedagang cenderung menunggu harga menembus keluar dari julat untuk membuka urusniaga.
Pola segitiga boleh dikenal pasti pada carta dengan melukis dua garisan trend yang melintasi puncak-puncak dan lembah-lembah pada formasi tersebut. Jika dua garisan trend ini bermula jauh tetapi kemudiannya menumpu (converge), pola yang anda lihat adalah pola carta segitiga.
Dalam artikel ini, anda akan mempelajari tentang pelbagai jenis pola segitiga yang ada, cara mengenal pasti ia pada carta dan strategi perdagangan yang boleh anda gunakan jika anda melihat pola segitiga pada carta.
Segitiga simetri
Jenis pola segitiga pertama yang akan kita bincangkan ialah segitiga simetri. Mari kita lihat pada carta di bawah.
Ini ialah contoh pola segitiga simetri biasa. Seperti yang anda dapat lihat, pola ini kelihatan sangat rapi dan 'skema', dengan kedua-dua garisan trend saling mendekati dengan kecerunan yang sama. Pola ini sering digunakan sebagai contoh yang lazim bagi pola segitiga kerana ia menjadi suatu bentuk geometri yang sangat jelas dan boleh dikenali.
Segitiga simetri terjadi apabila harga mula bergerak naik dan turun dalam julat terhad yang semakin mengecil. Puncak segitiga simetri menjadi lebih rendah secara beransur-ansur manakala lembah terus naik lebih tinggi berbanding sebelumnya.
Segitiga simetri biasanya berlaku dalam pasaran yang tidak bergerak ke satu arah. Tiada trend tunggal yang menguasai pasaran ini, yang membolehkan pembeli dan penjual mempengaruhi pergerakan harga secara sama rata dan mewujudkan tempoh pengukuhan.
Lazimnya, apabila harga menembusi julat pergerakan yang terhad ini, ia bergerak dalam arah trend sebelumnya dengan volum yang lebih banyak berbanding semasa pola masih terbentuk, yang menunjukkan bahawa para pedagang telah beralih daripada fasa ketidakpastian dan trend sudah kembali ke landasan asalnya.
Segitiga menaik
Jenis pola segitiga seterusnya yang kita akan lihat ialah segitiga menaik. Segitiga menaik berbeza daripada segitiga simetri kerana hanya bahagian bawahnya yang condong. Bahagian atas segitiga menaik, dilukis melintasi puncak-puncak formasi, kekal mendatar, menandakan bahawa rintangan bear kekal sama walaupun terdapat kemaraan bulls.
Biasanya, pola ini berlaku selepas trend menaik yang sangat jelas, yang boleh anda kenal pasti melalui garis sokongannya yang bersifat menaik. Ia terus menaik dan akhirnya menumpu dengan garisan rintangan statik, menembusinya dan meneruskan trend menaik sebelumnya. Oleh itu, segitiga menaik dianggap sebagai pola kenaikan harga yang mendahului kenaikan dalam pergerakan harga dan volum dagangan.
Selain daripada mengenal pasti arah pergerakan harga pada masa hadapan, segitiga menaik juga boleh menunjukkan masa terbaik untuk masuk atau keluar posisi, dan dengan mengesan kehadirannya di carta bermakna anda menemui peluang baharu untuk perdagangan yang menguntungkan.
Segitiga menurun
Segitiga menurun bertentangan secara total dengan pola segitiga menaik. Segitiga menurun berlaku dalam pasaran yang bearish dan, seperti yang anda mungkin sudah ketahui, dianggap sebagai pola bearish.
Seperti yang anda boleh lihat pada carta ini, segitiga menurun adalah cerminan lawannya dan mempunyai satu garisan trend yang condong dan satu garisan trend yang mendatar. Tetapi bagi segitiga menurun, sisi yang condong adalah garis rintangan (sisi atas). Pola ini menunjukkan bahawa bears terus mara dan mengasak bulls, yang mana, di sisi bulls, bulls tampak seolah-olah gagal menawarkan sokongan yang mencukupi untuk mengatasi rintangan yang semakin mendekat. Akhirnya, bears biasanya menembusi garis sokongan, yang menandakan pengakhiran pola segitiga, dan itu mengesahkan pola ini serta penerusan trend menurun sebelumnya.
Walaupun kedua-dua segitiga menurun dan menaik biasanya masing-masing memberikan signal permulaan downtrend dan uptrend, harga masih boleh melonjak daripada garisan trend mendatar, mengakibatkan penyongsangan trend sebelumnya. Jadi, untuk kebanyakan masa, adalah lebih baik untuk menunggu sehingga pola lengkap terbentuk sebelum membuat sebarang keputusan perdagangan.
Perdagangan dengan pola segitiga: perkara-perkara penting yang perlu diingat
1. Pola segitiga terbentuk apabila harga mula bergerak dalam julat yang semakin mengecil. Julat ini terhad kepada dua garisan trend yang terlukis melintasi puncak-puncak dan lembah-lembah pada pola ini, yang mewakili aras sokongan dan rintangan.
2. Pola segitiga muncul dalam tiga bentuk yang utama: simetri, menaik dan menurun.
3. Pola segitiga biasanya dianggap sebagai pola kesinambungan, tetapi ia juga boleh muncul sebelum penyongsangan trend.
4. Strategi yang paling biasa digunakan untuk berdagang dengan pola segitiga ialah dengan menunggu penembusan harga dan kemudian memasuki posisi mengikut arah pergerakan pasaran.
Pola segitiga: strategi perdagangan
Jika anda melihat pola segitiga pada carta, nasihat umum adalah untuk menunggu sehingga harga menembusinya dan membentuk trend baharu. Apabila ia berlaku, anda boleh membuka urusniaga (masuk posisi) pada titik penembusan dan dalam arah yang sama seperti pergerakan harga. Bagi titik keluar, sebaik sahaja pola segitiga terbentuk, harga biasanya bergerak dengan jarak yang hampir sama dengan ketinggian pola, jadi anda boleh merancang langkah seterusnya dan bersedia untuk mengambil untung.
Namun begitu, apabila berdagang pada bentuk segitiga yang berbeza, ada beberapa perkara berbeza untuk dipertimbangkan, yang akan kita bincangkan seterusnya.
Strategi perdagangan segitiga simetri
Seperti yang telah kita pelajari, segitiga simetri boleh terbentuk dalam pasaran yang bullish and bearish. Kedua-dua bulls dan bears mempunyai bilangan posisi yang sama, jadi harga akhirnya boleh bergerak ke mana-mana arah.
Dalam kes ini, anda boleh meletakkan pesanan kemasukan tepat di atas garisan rintangan dan di bawah garisan sokongan. Dengan cara ini, anda akan membuka urusniaga perdagangan secara automatik tanpa perlu risau tentang ke arah mana pergerakan pasaran seterusnya. Atau sebaliknya, anda boleh menunggu penembusan untuk melihat ke mana akhirnya arah pergerakan harga dan kemudian mengikuti alirannya.
Mari kita lihat contoh berikut.
Pada carta harian EURUSD, anda boleh melihat segitiga simetri di persilangan garis trend menaik dan garis menurun dalam downtrend yang besar. Selepas pola dikenal pasti, kita tunggu penembusannya sama ada ke bawah atau ke atas. Dalam contoh kami, candlestick menembusi garisan rintangan, dan hasilnya, kita masuk posisi pada aras harga 1.3355. Kita meletakkan Renti Rugi kira-kira 10 mata di bawah titik terendah segitiga pada 1.2324. Seperti yang telah kami nyatakan sebelum ini, pergerakan harga biasanya sama dengan ketinggian pola. Itulah sebabnya bagi langkah seterusnya, kami mengukur jarak antara titik tertinggi dan terendah pola:
1.3294-1.2334=0.096.
Setelah dikira, kita boleh menentukan kedudukan terbaik untuk ambilan untung (1.3355 + 0.096 = 1.4315) dan membuat pesanan keluar posisi.
Strategi perdagangan segitiga menaik dan menurun
Kedua-dua segitiga menaik dan menurun masing-masing berlaku dalam trend bullish dan bearish, dan biasanya dianggap sebagai kesinambungan pola, yang bermakna selepas penembusan, pasaran akan terus bergerak ke arah yang sama seperti sebelum pola tersebut muncul.
Walau bagaimanapun, situasinya tidak setiap kalinya begitu. Harga boleh melantun dari salah satu garisan trend dan menyongsang trend. Dengan mengambil kira perkara ini, jelas sekali bahawa tindakan yang paling selamat semasa berdagang dengan pola ini ialah menunggu penembusan dan mengikut apa jua arah pergerakan harga seterusnya.
Contoh berikut menggambarkan bagaimana anda boleh berdagang dengan segitiga menaik dan menurun.
Pada carta H4 NZDUSD, anda boleh melihat pola menaik terbentuk antara garisan rintangan mendatar pada 0.7314 dan garis sokongan yang condong. Kami mengambil keputusan untuk membuka posisi selepas penembusan rintangan pada 0.7333. Kemudian, kami meletakkan Renti Rugi pada 0.7225 (10 mata di bawah titik terendah segitiga) dan mengambil keuntungan di aras 0.7413 selepas mengenal pasti ketinggian pola segitiga sebelumnya (0.7314 − 0.7234 = 0.08).
Akhir sekali, mari kita lihat cara berdagang dengan segitiga menurun.
Pada carta H4, pengukuhan di bahagian atas trend menaik menunjukkan bahawa bulls tidak dapat menolak harga naik lebih tinggi lagi. Hasilnya, segitiga menurun terbentuk dengan garis sokongan kekal pada 0.7470. Kami memutuskan untuk memasuki pasaran bila sokongan ditembus, jadi kami membuat pesanan short pada harga 0.7455. Untuk meminimumkan risiko, kami kemudian meletakkan Renti Rugi 10 poin di atas puncak terakhir segitiga pada 0.7534 dan meletakkan pesanan Ambilan Untung pada 0.7367.
Kesimpulan
Pola segitiga ialah salah satu pola carta yang paling biasa dan mudah dikenal pasti, yang berkemungkinan besar meramalkan kesinambungan arah pergerakan pasaran. Walau bagaimanapun, para pedagang harus ingat bahawa terdapat kemungkinan di mana pola segitiga mungkin berakhir dengan penyongsangan trend sebelumnya, oleh itu adalah lebih baik untuk menunggu sehingga penembusan berlaku sebelum membuat sebarang keputusan.