Ramai pedagang menggunakan pola candlestick Jepun untuk menganalisis harga sesuatu aset. Carta seperti ini menggambarkan aksi harga dalam satu tempoh tertentu dan membantu para pedagang menyemak kekuatan trend dan meramalkan penyongsangan akan datang melalui analisis candlestick Jepun. Candlestick Jepun (sebahagian daripada carta candlestick Jepun) ialah instrumen analisis teknikal yang sangat informatif. Ia membentuk pola kesinambungan dan pola penyongsangan, yang diikuti oleh para pedagang. Waima satu batang candlestick sekali pun mampu memberikan banyak maklumat tentang perubahan-perubahan harga. Artikel ini akan memperkenalkan anda kepada salah satu pola candlestick tunggal yang sangat terkenal; pola candlestick hammer (tukul). Untuk mengenalpasti pola candlestick Hammer, pedagang perlu membuka platform perdagangan dan mencari ia pada carta.
Apakah itu Pola Candlestick Hammer?
Candlestick hammer ialah pola yang muncul pada penghujung trend menurun. Ia terdiri daripada badan sebenar yang kecil dan bayangan bawah yang panjang. Bayangannya mestilah sekurang-kurangnya dua kali ganda saiz badannya. Badan sebenar yang kecil bermaksud julat yang kecil antara harga-harga pembukaan dan penutupan. Ekor bawah yang panjang menunjukkan bahawa bears cuba menarik harga ke paras terendah yang terbaru tetapi gagal meneruskan trend menurun. Warna pola boleh menjadi bullish atau bearish, walaupun isyarat itu lebih kuat jika ia bullish.
Gambar di bawah menunjukkan contoh-contoh bullish dan bearish bagi pola ini.
Terdapat juga pola candlestick Inverted Hammer (Tukul Terbalik), yang kelihatan seperti Hammer songsang. Selain daripada candle Hammer biasa, ia terdiri daripada badan biasa yang kecil dan bayangan atas (ekor) yang sekurang-kurangnya dua kali lebih besar daripada badannya. Pembentukan pola juga menandakan permulaan trend menaik.
Dalam gambar di bawah, anda boleh melihat Inverted Hammer bullish dan bearish.
Hammer boleh muncul pada mana-mana rangka masa dan carta mana-mana instrumen: saham, Forex, logam, kripto, dll.
Bagaimanakah Pola Candlestick Hammer berfungsi?
Apabila harga bergerak dalam trend menurun dan mencapai satu tahap sokongan
yang signifikan dan kukuh, anda mestilah berhati-hati dan bersedia untuk
kemungkinan penyongsangan. Jika harga bergerak secara signifikan di bawah
harga pembukaan candle tetapi pulih dengan cepat, ia membentuk pola
candlestick carta Hammer. Pola tersebut disyorkan sebagai bullish atau
disahkan oleh candlestick bullish seterusnya. Satu pesanan Buy Stop hendaklah
diletakkan pada harga pembukaan candlestick seterusnya selepas pengesahan.
Satu Renti Rugi pelindung harus diletakkan di bawah paras rendah Hammer atau
pada harga pembukaan (untuk bullish) atau penutupan (untuk bearish) pada badan
sebenar candle. Signal lebih kukuh pada rangka masa yang lebih tinggi.
Gambar di atas menunjukkan contoh meletakkan pesanan Buy Stop dengan Renti Rugi dan Ambilan Untung selepas Pola Hammer muncul pada masa trend menurun. Kita letakkan Renti Rugi di bawah aras rendah pola tersebut. Ambilan Untung telah ditetapkan pada jarak tiga kali lebih besar daripada jarak antara aras Renti Rugi dan Buy Stop.
Apakah Yang Diberitahu Oleh Pola Candlestick Hammer?
Pola Candlestick Hammer memberikan signal bahawa para penjual semakin lemah. Sumbu candlestick menunjukkan bahawa percubaan untuk menurunkan harga tidak berjaya, dan penyongsangan mungkin akan berlaku. Seperti mana-mana pola candlestick, Candlestick Hammer memerlukan pengesahan.
Had-had Penggunaan Pola Candlestick Hammer
Seperti yang dinyatakan pada perenggan-perenggan sebelumnya, kemunculan Candlestick Hammer pada carta itu sendiri tidak meramalkan penyongsangan tersebut. Selain itu, tidak ada bukti bahawa harga akan terus membentuk satu trend menaik selepas candle pengesahan. Jika momentumnya kukuh dengan hammer berbayang panjang dan candle pengesahan yang besar, harga mungkin menjadi terlalu tinggi daripada aras renti rugi, dan itu berisiko.
Menetapkan sasaran harga dengan hammer juga sukar. Oleh itu, titik keluar hendaklah berdasarkan maklumat-maklumat analisis lain: aras-aras utama atau pola candlestick yang lain.
Bagaimanakah Cara Menggunakan Candlestick Hammer
Para pedagang boleh menggunakan pola candlestick Hammer sebagai alat tambahan untuk menganalisis prestasi pasaran atau sebagai sebahagian daripada strategi perdagangan mereka. Jika pedagang mengikuti peluang-peluang intrahari pada rangka masa yang lebih kecil (H1), pola Hammer berhampiran sokongan harian boleh membantu mengenal pasti entri Pembelian. Anda boleh melihat contoh entri di aras sokongan yang signifikan pada gambar di bawah.
Pada rangka masa yang lebih besar (seperti mingguan), candlestick Hammer menunjukkan perubahan pada trend yang berpanjangan.
Soalan-soalan tentang Pola Candlestick Hammer
Apakah Perbezaan Antara Candlestick Hammer dan Doji?
Selain daripada candlestick Hammer, Doji mempunyai badan yang kecil atau tidak ada badan langsung. Candlestick seperti ini menunjukkan keraguan pasaran apabila tidak ada bulls atau bears yang menguasai. Doji adalah neutral, tetapi jika ia muncul selepas satu candle bullish dengan badan yang panjang, ia menandakan bahawa pembeli sedang melemah, dan harga mungkin akan menyongsang kepada bawah. Sebaliknya, jika Doji terbentuk selepas satu siri candle bearish dengan badan-badan yang panjang, para penjual akan kehilangan kekukuhan mereka, dan harga mungkin meningkat. Candlestick Hammer pula, mempunyai bentuk yang unik. Jika ia muncul semasa trend menurun, ia menandakan penyongsangan ke atas.
Adakah Pola Candlestick Hammer Bullish?
Candlestick Hammer memberi signal bullish untuk harga. Warna candlestick Hammer boleh bullish atau bearish.
Apakah Perbezaan Antara Candlestick Hammer dan Shooting Star?
Walaupun Shooting Star kelihatan sangat serupa dengan Inverted Hammer, ia muncul pada penghujung satu trend menaik. Pola Hammer ialah pola satu candlestick yang muncul semasa downtrend dan menunjukkan penyongsangan ke atas. Terdapat juga pola candlestick songsang dengan bayangan atas yang panjang, yang menandakan permulaan trend menaik. Bayangan atas yang panjang menggambarkan pasaran telah cuba untuk mencari lokasi rintangan dan sokongan, tetapi bears menolak gerakan ke atas.
Kesimpulan
Pola-pola candlestick Hammer boleh dikenali dan elemen-elemen yang agak mudah dalam analisis carta candlestick. Walaupun ia mungkin menunjukkan perubahan trend, ia memerlukan pengesahan. Oleh itu, adalah disyorkan untuk tidak mengikut signal tersebut secara membuta tuli.